Kunjungan sepetang kami di sekitar kampung nelayan di Pontian Besar terasa amat mengujakan. Kami dari PKR Pontian sebenarnya ingin meninjau suara hati para nelayan yang kecewa apabila surau dan pejabat persatuan Nelayan telah mendapat notis pengosongan untuk dirobohkan bagi memberi laluan pemaju membina jalan di tepi bangunan yang baru di bina. Dari sumber yang kami terima, pihak persatuan sendiri telah memohon tanah tersebut untuk pembinaan jalan bagi laluan keluar-masuk hasil nelayan sejak tahun 1996 tetapi tidak diluluskan. Sayangnya apabila pihak pemaju memohonnya pada tahun 2009, setelah tanah tersebut diberikan kepada persatuan, ia telah diluluskan. 'Kami amat kecewa kerana tapak tersebut telah didirikan sebuah pusat IKS dan surau' menurut sumber tersebut. Kami ditunjukkan kepada paku penanda berwarna merah yg ditanda oleh pemaju, kiranya nanti hampir seluruh kawasan kuala (sebelah selatan)ini akan dibangunkan oleh mereka. Bagaimana nelayan akan bekerja ?
Paku penanda betul-betul di tepi bangunan Persatuan Nelayan
Kami bertemu seorang anak muda bernama Radi, katanya, cukuplah sampai di sini bang, kami anak muda tidak akan menyokong Umno/Barisan Nasional. Cuma sebagaimana yang abang tahu, di sini kebanyakan anak muda akan menjadi pengundi senyap. Malas nak bertengkar dengan orang tua.. Kami katakan kepadanya, 'kamu perlu keluar beramai-ramai menunjukkan protes.' Jika rakyat menunjukkan kekuatan barulah kerajaan akan takut dan hormat kepada rakyat!' Radi bersetuju. 'InsyaAllah, hari Jumaat ini kita akan keluar beramai-ramai' katanya.
'Saya bosan tengok TV3 !' - Radi Alin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan