KENYATAAN MANAKAH YANG BENAR BAGI ANDA DI HARI INI ?

'Like' dan bagi komen..

Khamis, 26 September 2013

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.
Sekali aku pernah pening dalam memahami agama. Ketika itu aku dalam umur 15 tahun. Aku tanya mak aku, 'Mengapa Allah jadikan orang kafir, lepas tu Dia masukkan orang kafir dalam neraka? Mengapa Dia tak jadikan semua orang Islam dan masukkan semua orang dalam syurga?' Mak aku yang ketika itu sedang memasak menjawab mudah, 'Bukan hak kita hendak bertanya apa Tuhan patut buat. Tuhan akan berbuat apa Dia suka. Sebab dia itu Tuhan.' Aku pun menerima jawaban itu dgn puas hati. Dan tidak pening kepala lagi. Baru2 ini aku berbual dgn seorang saudara baru berbangsa cina (alah yg aku ceritakan aritulah..) Timbul cerita, orang bukan Islam mendakwa, orang bukan Islam minum arak berdosa satu kali. Tapi kamu orang Islam minum arak berdosa dua kali. Aku tanya camana jadi begitu? Sorang rakan yg suka berjenaka menjawab, 'satu dosa sebab minum arak, satu dosa lagi sebab mungkir janji kepada Tuhan' Aku jawab, ' Wah..!fahaman itu tidak betul untuk difahami oleh orang Islam dan yang baru masuk Islam. Seolah-olah masuk Islam menjadi rugi dan lebih banyak dosa. Ia sebenarnya persoalan seorang bukan Islam yang ingin menutupi kelemahannya, walaupun dia tahu kemuliaan Islam. Ini serangan biasa yg kebanyakan kita tak mampu menjawabnya. Aku terangkan bahawa dosa yang paling besar bukan minum arak, bukannya berzina, dan bukannya membunuh orang. Perlu difahami berbanding dosa-dosa besar di atas, dosa yang lebih dan paling besar adalah syirik kepada Allah. Aku perlu timbulkan persoalan apa beza dosa minum arak itu dengan syirik kepada Allah. Oleh kerana kami sedang makan di warung mamak, aku membuat analogi di situ saja. 'Andaikata saya adalah bos di restoran mamak ini dan semua pekerja adalah pekerja saya. Tentulah saya nasihatkan semua pekerja itu bekerja dengan jujur. Jangan mencuri. Jangan memaki pelanggan. Jangan bergaduh. Tetapi tetap ada ramai pekerja yang melakukan perbuatan buruk itu kecuali seorang. Pekerja itu sangat baik, rajin, jujur dan sangat manis senyumnya. Tetapi saya terpaksa memecatnya terlebih dahulu berbanding pekerja yg kuat bergaduh dan mencuri. Mengapa? Sebab ada satu kesalahan yang paling besar dia lakukan terhadap saya berbanding pekerja lain itu... -Dia tidak mengaku saya adalah bosnya! Amboi..amboi..! Saya boleh ampunkan dosa pekerja lain tapi dia ini saya perlu pecat tanpa gaji ! Dalam senyum dan kerajinannya, rupa-rupanya dia jauh lebih biadap dari pekerja lain yang masih boleh saya tegur! Maka, dosa syirik itu dapatlah diumpamakan begitu juga. Bukan lagi soal berbuat salah, tetapi salah yang tidak boleh sekali-kali dibuat! Akhirkata, sukalah rakan muallaf kita itu mendengar perbandingan yang aku berikan. Semoga rakan-rakan fb sekelian juga boleh merasai betapa berat akan dosa syirik kepada Tuhan Allah swt walaupun kamu seorang manusia yg baik kepada manusia lain. -Kiyai Reformis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan