KENYATAAN MANAKAH YANG BENAR BAGI ANDA DI HARI INI ?

'Like' dan bagi komen..

Khamis, 26 September 2013

CEMBURU BIASANYA ADA 'BUKTI' Cemburu itu ialah kita mencari-cari bukti hingga kita bertemu dengannya ! Seorang isteri yang cemburu akan sentiasa mencari2 bukti apakah suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. Apa yang peliknya dari sifat cemburu itu ialah cemburu selalu mempunyai BUKTI ! Hari pertama: Isteri: 'Pakai lawa-lawa ni bang, ada apa-apa ker?' Suami: 'Awak ni merepeklah, nak pakai lawa2 sekali-sekala pun tak boleh? Isteri: 'Alah orang tanya jer..' (tapi dalam hati ada konfius) Hari kedua: Isteri: 'Hai, semalam pakai lawa, hari ni pakai lawa, jangan main-main bang..!' Suami: 'Pakai baju baru, ada semangat baru...' Isteri: 'Semangat baru tu apa maknanya? Nak berbini baru ker..? Suami: 'Kalau ada kenapa ? Isteri: Dalam hati..('alamak, betulker suami aku ni ada girlfren baru..?)' Hari ketiga: Isteri: 'Lain macam saya tengok abang nih..? Sentiasa melawa jer. Ini mesti ada apa- apa !' Suami: 'Kenapelah awak ni suka sibuk2 hal remeh macam ni?' Isteri: 'Dah semalam abang jugak yang kata abang ada girlfren baru?! Suami: (dalam hati geram, 'bila pulak aku kata') 'Memang betul, kenape ? Skang abang nak keluar, nak jumpa awek baru abang! Gedegang pintu ditutup> TERBUKTI ! Pengakuan suaminya sendiri bahawa beliau ada girlfren baru.. duduklah menangis di rumah sorang-sorang.Pastu mengadu kat jiran tetangga, mengadu kat member opis, mengadu kat orang itu, orang ini.. Sedang malam tadi itu suaminya sedang ngeteh ngan member depan umah jer... Pompuan.. pompuan... lahai... semua ada BUKTI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan