KENYATAAN MANAKAH YANG BENAR BAGI ANDA DI HARI INI ?

'Like' dan bagi komen..

Khamis, 29 Ogos 2013

PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB

Jika anda terjaga oleh mimpi menyeramkan di waktu malam atau terganggu makhluk halus semasa tidur, perhatikan atau lakukan beberapa perkara ini. 1) Perhatikan mungkin di luar rumah hari berangin, maka pastikan tingkap dan pintu bertutup. 2) Rumah masakini tidak punya bendul. Ambil kain buruk atau tuala, tutup lubang angin yang sepoi2 masuk dari bawah pintu. Ia adalah laluan makhluk ghaib masuk ke rumah, lebih2 lagi jika anda tidur melunjur kaki ke arahnya. 3) Jika rumah anda tidak punya syiling atau syilingnya berlubang, ubah kedudukan tidur anda, mungkin anda tidur selari dengan tulang bumbung rumah anda. Ubah untuk lintangkan badan anda. 4) Pastikan di dalam rumah atau di dalam bilik tidak ada objek ukiran kayu yang diukir secara 'tebuk tembus' kerana kerap makhluk halus akan terpasung di situ. Kebanyakan gangguan ini tidak merbahaya, hanya memenatkan saja.. baca ayat Kursi dan tidurlah semula.... - Kiyai Reformis

SIAPA LEBIH BESAR DARI PERDANA MENTERI ?

Aku ulang semula kata HAMKA, ' Biasanya orang yang sembahyang, sudah tentu dia berpuasa. Tetapi orang yang puasa belum tentu dia sembahyang. Dan orang yang tidak puasa, sudah pasti tak sembahyang..!'
Sungguhpun begitu...



 ...janganlah menghukum puasa orang yang meninggalkan solat itu tidak sah, seolah-olah dia tidak akan solat untuk selamanya.. Dan janganlah kamu menganggap puasa kamu diterima hanya kerana kamu sempurna solat 5 waktu... Puasa itu hak Allah untuk membalasnya.. Selemah-lemah puasa di dalamnya ada keimanan kepada Tuhan... Esok mungkin seorang yang jahil dan lalai akan bertaubat. Dan esok juga seorang yang soleh akan diterbalikkan Tuhan akan hatinya... Kamu tak mampu menggantikan puasa orang lain. biarlah dia berpuasa dengan kadarnya...

Lailatul Qadr..........

Facebook (1)

Apa susah sangat....

Facebook

Kiyai Reformis: Catatan Tentang Histeria

Projek Kambing.. suka-suka...


Banyak benar keluh-kesah dan luahan marah.. kekecewaan dalam politik. Aku faham bahawa kita bukannya mahukan wang, cukuplah dengan ucapan terima kasih. Tetapi.. tiada siapa pun yang akan mengucapkannya... Maka, keikhlasanmu teruji !
..kemesraan dan setiakawan itu satu 'bakat' kepada ahli-ahli politik.. bukan boleh dibuat2 semasa musim pemilihan saja..

Facebook

Facebook

Facebook

Rabu, 14 November 2012

Anak muda Pontian Besar tak akan undi Barisan Nasional

Kunjungan sepetang kami di sekitar kampung nelayan di Pontian Besar terasa amat mengujakan. Kami dari PKR Pontian sebenarnya ingin meninjau suara hati para nelayan yang kecewa apabila surau dan pejabat persatuan Nelayan telah mendapat notis pengosongan untuk dirobohkan bagi memberi laluan pemaju membina jalan di tepi bangunan yang baru di bina. Dari sumber yang kami terima, pihak persatuan sendiri telah memohon tanah tersebut untuk pembinaan jalan bagi laluan keluar-masuk hasil nelayan sejak tahun 1996 tetapi tidak diluluskan. Sayangnya apabila pihak pemaju memohonnya pada tahun 2009, setelah tanah tersebut diberikan kepada persatuan, ia telah diluluskan. 'Kami amat kecewa kerana tapak tersebut telah didirikan sebuah pusat IKS dan surau' menurut sumber tersebut. Kami ditunjukkan kepada paku penanda berwarna merah yg ditanda oleh pemaju, kiranya nanti hampir seluruh kawasan kuala (sebelah selatan)ini akan dibangunkan oleh mereka. Bagaimana nelayan akan bekerja ?
                                   Paku penanda betul-betul di tepi bangunan Persatuan Nelayan

Kami bertemu seorang anak muda bernama Radi, katanya, cukuplah sampai di sini bang, kami anak muda tidak akan menyokong Umno/Barisan Nasional. Cuma sebagaimana yang abang tahu, di sini kebanyakan anak muda akan menjadi pengundi senyap. Malas nak bertengkar dengan orang tua.. Kami katakan kepadanya, 'kamu perlu keluar beramai-ramai menunjukkan protes.' Jika rakyat menunjukkan kekuatan barulah kerajaan akan takut dan hormat kepada rakyat!' Radi bersetuju. 'InsyaAllah, hari Jumaat ini kita akan keluar beramai-ramai' katanya.



'Saya bosan tengok TV3 !' - Radi Alin

Sembahyang dalam 'tong' - Mahadir Nordin

Persatuan Nelayan Pontian Kecewa

Seramai kira-kira  1600 ahli-ahli Persatuan Nelayan Pontian kecewa apabila notis dikeluarkan bagi mereka mengosongkan rumah persatuan yang telah beroperasi sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan bagi rumah kedai yang baru dibina. Seorang ahli lembaga pengarah persatuan yang ditemui, saudara Mahadir Nordin, menyatakan kekesalan bagi pihak nelayan kerana isu tersebut tidak dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Dato Ahmad Maslan walaupun beliau dikatakan pernah berkata 'langkah mayat saya dulu' jika mahu merobohkan bangunan tersebut pada satu mesyuarat yang dihadirinya.
Menurut Mahadir lagi, sayangnya walaupun Ahmad Maslan masih hidup sihat, belum mati lagi, notis telah pun dikeluarkan dan proses pengosongan telah dilaksanakan secara berperingkat.
Lebih menyedihkan surau yang telah dibina dengan usaha para nelayan telah dipindahkan ke sebuah kontena di bahagian belakang tapak tersebut.

Khamis, 9 Februari 2012

Rumah Berhantu

Seminggu seketul kemenyan, 10 tahun bahkan hingga 20 tahun kemenyan di tanam di sekeliling rumah. Garam ditabur, air tangkal disiram... apa nak jadi rumah sebegini??

Mengapa hal ini terjadi? Lantaran jahil akan ilmu agama. Maka pergantungan hidup itu hanyalah disandarkan kepada bomoh dan pawang sahaja. Sakit kaki jumpa bomoh, sakit demam jumpa bomoh, sakit kepala jumpa bomoh, sakit batuk jumpa bomoh, sakit hati jumpa bomoh..

Kononnya tuan rumah itu telah di sihir oleh orang yang cemburu atau sakit hati kepadanya. Siapakah yang telah disihir itu? Mungkin peniaga pasar malam. Mungkin seorang guru, mungkin pekerja kilang, bahkan mungkin seorang ustaz !

Maka pergilah dia bertemu pawang. Pawang pun membekalkan kepadanya 4 ketul kemenyan untuk ditanam di sekeliling rumahnya sebagai pendinding. Esok jika tidak sembuh dari sakitnya itu, pergilah dia kepada bomoh yang lain pula. Bomoh yang seorang lagi itupun membekalkannya kemenyan juga atau minyak wangi atau air yang telah di jampi.

Kemenyan diperasap dan ditanam, air jampi disiram bercampur minyak wangi. Penuhlah di sekeliling rumahnya bau-bauan seperti perkampungan bunian ujud di situ. Untuk sekian kalinya selama 10 tahun atau 20 tahun dia sekeluarga mendiami rumah itu, berapa ribu kemenyan telah ditanam? Berapa kilo garam telah ditabur? Berapa tong minyak wangi telah di siram? Apakah yang akan terjadi kepada rumah itu?

Rumah itu hilang serinya !

Penghuni rumah itu akan selalu sakit-sakit. Anak-anak kecil akan selalu terpandang 'lembaga' yang pelik-pelik. Esoknya mereka akan pergi bertemu bomoh lagi minta jampi dan menanam kemenyan lagi. Kononnya kata tok Pawang, ada 'orang dekat' ingin menginiaya.Kita hanya berusaha Allah jua segalanya' Manisnya mulut Tok Pawang menanam prasangka.

Sedang rumahnya telahpun menjadi sarang segala hantu dan jin, tempat berhimpun segala macam jembalang dan puaka. Jin yang suka kepada bau-baun kemenyan arab, duduk bersarang di sekeliling rumahnya kerana ada AURA kemenyan arab di situ. Jin yang suka kepada colok cina , akan juga berkampung di sekeliling rumahnya kerana ada aura colok cina di sekeliling rumah itu. Jin yang suka akan wangi-wangian yang telah di tangkal akan sentiasa bermain-main di sekelilikg rumahnya.

Sedang jiran tetangga hidup gembira dan bebas, mereka hidup dalam ketakutan dan penuh dendam. Jika ada jiran tetangga yang tersenyum kepadanya, dibalasnya dengan muka yang masam. Kononnya jiran itu tersenyum gembira kerana telah memberi susah kepada hidupnya sekeluarga. Patutlah jiran itu tersenyum-senyum kerana dialah yang telah menyihir keluarga kita, begitulah detik hati mereka.

Esok dia akan bertemu pawang lagi bagi mendapatkan pendinding, bahkan jika boleh membalas dendam. Sedang tangan menabur garam, si jiran tersenyum tidak faham. Disangkanya sihir jiran itu terlalu kuat hingga tidak apa-apa akibat jampi dan serapahnya. Begitulah dia setiap hari hingga matilah dia dalam ketakutan, mati dalam syak wasangka, mati dalam dosa, sedang jiran itupun sebenarnya tidak tahu apa-apa!

Matilah dia meninggalkan waris-waris yang pendendam, meninggalkan anak-anak yang menyangka ayahnya telah mati akibat sihir, mati meninggalkan anak dan cucu yang hidup penuh hasad dan dengki. Keturunan yang mendampingi dukun dan pawang, keturunan penakut dan busuk hati. Rumahnya menjadi suram walaupun tidak bercat hitam. Masuk ke rumahnya pun perasaan akan menjadi lain macam.

Tidakkah pernah anda semua terjumpa rumah sebegini? Rumah yang cantik tetapi tiada seri. Suram lagi penuh misteri. Dihuni oleh orang sentiasa merasa dirinya telah di sihir? Penghuninya bermuka masam dan keluh kesah sepanjang hari? Yang susahnya sentiasa datang dari orang lain bukannya dari diri sendiri?

Atau sebenarnya ia adalah rumah yang sedang tuan-tuan huni? Atau selama ini andalah yang telah mendatangkan 'laknat' bagi rumah anda sendiri ???

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali. Tinggalkan pemikiran berdosa seperti ini.. Sekian.- Kiyai Reformis.