KENYATAAN MANAKAH YANG BENAR BAGI ANDA DI HARI INI ?
'Like' dan bagi komen..
Khamis, 26 September 2013
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.
Sekali aku pernah pening dalam memahami agama. Ketika itu aku dalam umur 15 tahun.
Aku tanya mak aku, 'Mengapa Allah jadikan orang kafir, lepas tu Dia masukkan orang kafir dalam neraka? Mengapa Dia tak jadikan semua orang Islam dan masukkan semua orang dalam syurga?'
Mak aku yang ketika itu sedang memasak menjawab mudah, 'Bukan hak kita hendak bertanya apa Tuhan patut buat. Tuhan akan berbuat apa Dia suka. Sebab dia itu Tuhan.'
Aku pun menerima jawaban itu dgn puas hati. Dan tidak pening kepala lagi.
Baru2 ini aku berbual dgn seorang saudara baru berbangsa cina (alah yg aku ceritakan aritulah..)
Timbul cerita, orang bukan Islam mendakwa, orang bukan Islam minum arak berdosa satu kali. Tapi kamu orang Islam minum arak berdosa dua kali. Aku tanya camana jadi begitu?
Sorang rakan yg suka berjenaka menjawab, 'satu dosa sebab minum arak, satu dosa lagi sebab mungkir janji kepada Tuhan'
Aku jawab, ' Wah..!fahaman itu tidak betul untuk difahami oleh orang Islam dan yang baru masuk Islam. Seolah-olah masuk Islam menjadi rugi dan lebih banyak dosa. Ia sebenarnya persoalan seorang bukan Islam yang ingin menutupi kelemahannya, walaupun dia tahu kemuliaan Islam. Ini serangan biasa yg kebanyakan kita tak mampu menjawabnya.
Aku terangkan bahawa dosa yang paling besar bukan minum arak, bukannya berzina, dan bukannya membunuh orang. Perlu difahami berbanding dosa-dosa besar di atas, dosa yang lebih dan paling besar adalah syirik kepada Allah.
Aku perlu timbulkan persoalan apa beza dosa minum arak itu dengan syirik kepada Allah.
Oleh kerana kami sedang makan di warung mamak, aku membuat analogi di situ saja.
'Andaikata saya adalah bos di restoran mamak ini dan semua pekerja adalah pekerja saya. Tentulah saya nasihatkan semua pekerja itu bekerja dengan jujur. Jangan mencuri. Jangan memaki pelanggan. Jangan bergaduh. Tetapi tetap ada ramai pekerja yang melakukan perbuatan buruk itu kecuali seorang. Pekerja itu sangat baik, rajin, jujur dan sangat manis senyumnya.
Tetapi saya terpaksa memecatnya terlebih dahulu berbanding pekerja yg kuat bergaduh dan mencuri. Mengapa?
Sebab ada satu kesalahan yang paling besar dia lakukan terhadap saya berbanding pekerja lain itu...
-Dia tidak mengaku saya adalah bosnya! Amboi..amboi..!
Saya boleh ampunkan dosa pekerja lain tapi dia ini saya perlu pecat tanpa gaji ! Dalam senyum dan kerajinannya, rupa-rupanya dia jauh lebih biadap dari pekerja lain yang masih boleh saya tegur!
Maka, dosa syirik itu dapatlah diumpamakan begitu juga. Bukan lagi soal berbuat salah, tetapi salah yang tidak boleh sekali-kali dibuat!
Akhirkata, sukalah rakan muallaf kita itu mendengar perbandingan yang aku berikan. Semoga rakan-rakan fb sekelian juga boleh merasai betapa berat akan dosa syirik kepada Tuhan Allah swt walaupun kamu seorang manusia yg baik kepada manusia lain.
-Kiyai Reformis
Khamis, 29 Ogos 2013
PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB
Jika anda terjaga oleh mimpi menyeramkan di waktu malam atau terganggu makhluk halus semasa tidur, perhatikan atau lakukan beberapa perkara ini.
1) Perhatikan mungkin di luar rumah hari berangin, maka pastikan tingkap dan pintu bertutup.
2) Rumah masakini tidak punya bendul. Ambil kain buruk atau tuala, tutup lubang angin yang sepoi2 masuk dari bawah pintu. Ia adalah laluan makhluk ghaib masuk ke rumah, lebih2 lagi jika anda tidur melunjur kaki ke arahnya.
3) Jika rumah anda tidak punya syiling atau syilingnya berlubang, ubah kedudukan tidur anda, mungkin anda tidur selari dengan tulang bumbung rumah anda. Ubah untuk lintangkan badan anda.
4) Pastikan di dalam rumah atau di dalam bilik tidak ada objek ukiran kayu yang diukir secara 'tebuk tembus' kerana kerap makhluk halus akan terpasung di situ.
Kebanyakan gangguan ini tidak merbahaya, hanya memenatkan saja.. baca ayat Kursi dan tidurlah semula.... - Kiyai Reformis
Aku ulang semula kata HAMKA, ' Biasanya orang yang sembahyang, sudah tentu dia berpuasa. Tetapi orang yang puasa belum tentu dia sembahyang. Dan orang yang tidak puasa, sudah pasti tak sembahyang..!'
Sungguhpun begitu...
...janganlah menghukum puasa orang yang meninggalkan solat itu tidak sah, seolah-olah dia tidak akan solat untuk selamanya.. Dan janganlah kamu menganggap puasa kamu diterima hanya kerana kamu sempurna solat 5 waktu... Puasa itu hak Allah untuk membalasnya.. Selemah-lemah puasa di dalamnya ada keimanan kepada Tuhan... Esok mungkin seorang yang jahil dan lalai akan bertaubat. Dan esok juga seorang yang soleh akan diterbalikkan Tuhan akan hatinya... Kamu tak mampu menggantikan puasa orang lain. biarlah dia berpuasa dengan kadarnya...

Banyak benar keluh-kesah dan luahan marah.. kekecewaan dalam politik. Aku faham bahawa kita bukannya mahukan wang, cukuplah dengan ucapan terima kasih. Tetapi.. tiada siapa pun yang akan mengucapkannya... Maka, keikhlasanmu teruji !
..kemesraan dan setiakawan itu satu 'bakat' kepada ahli-ahli politik.. bukan boleh dibuat2 semasa musim pemilihan saja..
Rabu, 14 November 2012
Anak muda Pontian Besar tak akan undi Barisan Nasional
Kunjungan sepetang kami di sekitar kampung nelayan di Pontian Besar terasa amat mengujakan. Kami dari PKR Pontian sebenarnya ingin meninjau suara hati para nelayan yang kecewa apabila surau dan pejabat persatuan Nelayan telah mendapat notis pengosongan untuk dirobohkan bagi memberi laluan pemaju membina jalan di tepi bangunan yang baru di bina. Dari sumber yang kami terima, pihak persatuan sendiri telah memohon tanah tersebut untuk pembinaan jalan bagi laluan keluar-masuk hasil nelayan sejak tahun 1996 tetapi tidak diluluskan. Sayangnya apabila pihak pemaju memohonnya pada tahun 2009, setelah tanah tersebut diberikan kepada persatuan, ia telah diluluskan. 'Kami amat kecewa kerana tapak tersebut telah didirikan sebuah pusat IKS dan surau' menurut sumber tersebut. Kami ditunjukkan kepada paku penanda berwarna merah yg ditanda oleh pemaju, kiranya nanti hampir seluruh kawasan kuala (sebelah selatan)ini akan dibangunkan oleh mereka. Bagaimana nelayan akan bekerja ?
Paku penanda betul-betul di tepi bangunan Persatuan Nelayan
Kami bertemu seorang anak muda bernama Radi, katanya, cukuplah sampai di sini bang, kami anak muda tidak akan menyokong Umno/Barisan Nasional. Cuma sebagaimana yang abang tahu, di sini kebanyakan anak muda akan menjadi pengundi senyap. Malas nak bertengkar dengan orang tua.. Kami katakan kepadanya, 'kamu perlu keluar beramai-ramai menunjukkan protes.' Jika rakyat menunjukkan kekuatan barulah kerajaan akan takut dan hormat kepada rakyat!' Radi bersetuju. 'InsyaAllah, hari Jumaat ini kita akan keluar beramai-ramai' katanya.

'Saya bosan tengok TV3 !' - Radi Alin
Sembahyang dalam 'tong' - Mahadir Nordin
Persatuan Nelayan Pontian Kecewa
Seramai kira-kira 1600 ahli-ahli Persatuan Nelayan Pontian kecewa apabila notis dikeluarkan bagi mereka mengosongkan rumah persatuan yang telah beroperasi sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan bagi rumah kedai yang baru dibina. Seorang ahli lembaga pengarah persatuan yang ditemui, saudara Mahadir Nordin, menyatakan kekesalan bagi pihak nelayan kerana isu tersebut tidak dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Dato Ahmad Maslan walaupun beliau dikatakan pernah berkata 'langkah mayat saya dulu' jika mahu merobohkan bangunan tersebut pada satu mesyuarat yang dihadirinya.
Menurut Mahadir lagi, sayangnya walaupun Ahmad Maslan masih hidup sihat, belum mati lagi, notis telah pun dikeluarkan dan proses pengosongan telah dilaksanakan secara berperingkat.
Lebih menyedihkan surau yang telah dibina dengan usaha para nelayan telah dipindahkan ke sebuah kontena di bahagian belakang tapak tersebut.

Langgan:
Catatan (Atom)