KENYATAAN MANAKAH YANG BENAR BAGI ANDA DI HARI INI ?

'Like' dan bagi komen..

Jumaat, 27 Januari 2012

Untung mereka tidak menjawab, 'Tuhan itu siapa??'



Emak ayah pergi bekerja.. anak kecil dihantar ke rumah jiran. Emak balik ke rumah jam 6 petang. Ayah tiba jam 7 malam. Semasa berumur di bawah 10-12 tahun, jiran yang tolong memelihara si anak itu tadi masih benar dapat memantau mereka. Bila naik sekolah menengah langkah semakin panjang seiring dengan akal yang panjang juga. Emak ayah bekerja belasan tahun , duit masih tak cukup juga. Masih terus mencari duit kononnya untuk anak-anak. Anak balik sekolah tengahari duduk makan minum dan menjadi remaja di rumah jiran. Umur baru 12 tahun. Kadang-kadang sudah pandai balik ke rumah terus. Masak maggi di rumah sendiri, buat makan tengahari..
Seorang anak awal remaja sedang mekar. Siapa akan menafikan fitrah manusia? Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Ia datang sendiri. Bahkan perasaan itu datang juga oleh tuntutan semasa dek pergaulan. Apakah aku ini seorang gadis yang competitif dalam pasaran semasa? Maka, datanglah seorang abang angkat menjadi pemangkin pemberi semangat, juga sebagai tanda dia sudah 'laku' dalam pasaran gadis2 remaja sebayanya.
Hari-hari yang berlalu tanpa 'sedar'? makan tengahari dengan abang angkat. Entah berjalan kaki, atau naik motor atau naik kereta. Emak ayah masih di opis bekerja mencari uang, ya dengan alasan konon untuk anak2 nya... tetapi anaknya di mana?
Kemudian.. terjadilah apa yang kita tahu akan terjadi. Anak ini telah rosak sejak umur mereka terlalu muda. 13-14 tahun. Badan mereka masih amat kuat, tenaga sedang di puncaknya. Apakah akan kita tanya anak-anak remaja ini, tidakkah mereka takut akan dosa? Tidak takutkah kepada Tuhan? Untuk apa pertanyaan itu? Anak-anak itu masih amat baik kerana mendiamkan diri, masih terasa berbuat salah dan dosa. Sedang semalam siapa yang peduli dia itu mengaji agama atau tidak, bersembahyang atau tidak? Untung mereka tidak menjawab, 'Tuhan itu siapa??'
Mengapa emak ayahnya mencari uang belasan tahun masih tidak cukup-cukup? Bilakah masanya mereka akan sentiasa bersama anak-anaknya? Hendak disalahkan usaha mencari uang, gaji ayah dicampur dengan gaji emak tidaklah sampai seribu ringgit!?. Itu kehidupan kolar biru di kampung. Kolar biru di bandar dapat gaji 2 ribu pun hampir-hampir tidak berguna juga! Itupun belum dibersihkan lagi. Aduhai.. teruknya bekerja di Malaysia ini.
Bagaimana hendak disalahkan ibubapa yang terpaksa mencari uang yuran sekolah, sewa rumah, makan pakai anak-anak? Bagaimana hendak disalahkan guru-guru? Bukan tugas guru memantau setiap murid hingga ke rumah mereka. Hendak disalahkan anak-anak remaja ini?? Apa yang mereka tahu????
Bila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PR akan memastikan pendapatan isirumah tidak kurang RM 4 ribu ringgit sebulan di Malaysia ini, mengapa tidak faham juga? Memang celaka jika yang tidak faham itu pihak parti pemerintah. Dan lebih kasihan lagi jika yang tidak mahu faham itu adalah ibubapa yang anak mereka telah menjadi bohsia di atas itu tadi !!! Sungguh Umngok berbangga dengan sokongan mereka... Ya Allah ya Tuhanku.. datangkan fungsi kepada otak-otak mereka ini.. jangan BODOH sangat.. Amiin..

by Kiyai Reformis on Friday, December 31, 2010 at 1:20am



Rabu, 25 Januari 2012

Bagaimana 'MENGAJAR' Bahasa Inggeris..?


Bagaimana 'MENGAJAR' Bahasa Inggeris..?

Seorang guru bernama bertanya : Bagaimana hendak atasi masalah pelajar-pelajar yg lemah dalam Bahasa Inggeris sedangkan kalau digilap kemahirannya mrk pasti berjaya?Ada tak teknik dan cara yg dpt memberi satu peningkatan dlm BI..

Jawapan saya begini:

Kita kembali kepada asas bahasa.

Contoh: Pengalaman menunjukkan guru dari bangsa Arab lebih baik mengajar bahasa arab dari ustaz melayu yang balik dari Mesir. Diberi keadaan begini:

Seorang guru bangsa Arab masuk kelas bertanya: Kaifa haluka? (apa khabar kamu?) Ana bi khair ya ustaz( Saya baik cikgu). Ditanya kepada murid yang lain pula berulang-ulang. Murid itu masing-masing menjawab.

Guru Arab itu bertanya? Ma hadza? ( Apa ini?) Hadza kitabun ( ini kitab cikgu )
ditanya kepada murid lain pula berulang-ulang. Murid itu masing-masing menjawab berulang-ulang.

Guru Arab ini bertanya soalan mudah dan yang sama atau hampir sama setiap hari pada awal waktu kepada murid-muridnya.

Guru Melayu pula akan mengajar muridnya menghafal berbagai-bagai perkataan arab tanpa ada praktikal. Kalau ada praktikal pun adalah di tulis di dalam buku. (orientasi peperiksaan..?)

Maka begitulah juga dengan pembelajaran Bahasa Inggeris. Justeru tiadalah keberanian bagi pelajar Melayu sejak sekolah rendah untuk melontarkan perkataan arab /inggeris itu apatah lagi membina ayat yang 'boleh' di dengar oleh telinga. Berlarutanlah hal itu sehingga sebelas tahun lamanya!

Saya ulangi:Berlarutanlah hal itu sehingga sebelas tahun lamanya!

Itu saja masalahnya.., sejak darjah satu tidak ada praktikal hanya teori bahasa.

Di atas itu hanya sebagai contoh. Bukan disebabkan seorang itu berbangsa Arab atau Melayu. Berbangsa Inggeris atau Cina. Tapi kaedah pengajaran yang sedia ada ini telah silap.

Mengajar bahasa adalah seperti mengajar bayi bercakap, walau setua manapun seseorang itu. Ia masih dianggap sebagai 'bayi' bagi bahasa asing. Tiada siapa pun yang mengajar 'bayi' membaca dan menulis.Tetapi inilah yang berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan sejak sekian lama. Mengajar bayi membaca dan menulis ! Ia sungguh kelakar.

Sebut dan soal benda yang sama berulang-ulang.. dan minta murid-murid itu menyebut dan menjawabnya berulang-ulang. Itu asas bahasa... dan selepas satu tahun bayi pun pandai bercakap!

Dalam masa 6 bulan sahaja, satu kelas pelajar darjah satu itu boleh berbahasa Inggeris. Mengapa guru-guru bahasa Inggeris dan Arab berbangsa Melayu tidak tahu perkara ini? Bagaimana pihak kementerian 'mengajar' mereka cara 'mengajar' bahasa?

Mereka lebih senang menyalahkan modul pembelajaran Bahasa inggeris dari Kementerian Pelajaran yang memang tidak berguna itu... Itu saja yang mereka tahu! Aduhai guru Melayu. Aduhai menteriku...

Akhirnya pelajaran sains dan matematik anak kecil Melayu menjadi mangsa! Bahasa Inggeris bukan bahasa matematik dan sains. Matematik ada bahasanya sendiri. Dinamakan bahasa matematik. Ia adalah bacaan pelbagai bunyi dari SIMBOL yang sama. Simbol yang sama tergunapakai di seluruh dunia. Ia bahasa kefahaman dari simbol-simbol. Bukan bahasa percakapan. Orang bisu yang tak tahu bahasa Melayu atau inggeris pun boleh menyelesaikan masalah math jika ia memahami simbol-simbol matematik. Yang penting ia tahu bahasa isyarat yg digunakan oleh masyarakat bisu.

Ingat, untuk satu tahun pertama, ajar bayi bercakap, tak perlu ajar bayi membaca. Adoyai..

Sekian..

Kiyai Reformis Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan'


Khamis, 19 Januari 2012

Ini betul2 p*****k punya kerajaan..!


Zaman berubah. Anak muda talah menjadi sedikit kurang ajar. Mereka melompat-lompat mahu menumbangkan Umno/Barisan Nasional. Mereka sudah tidak tahan lagi. Satu perkara yang aku selalu ulang-ulangkan di telinga mereka, ada 4 perkara sebuah kerajaan perlu laksanakan terhadap rakyatnya. 4 keperluan yang wajib bagi setiap warga mengecapinya. WAJIB terlaksana ! Jika tidak, kerajaan itu wajib berambus dari tampuk kuasanya. Ia sangat mudah. Apakah 4 perkara tersebut ?

Yang pertama : Keperluan makan dan pakaian bagi rakyat.
Yang kedua : Memiliki kenderaan yang selesa.
Yang ketiga : Keadaan rumah yang sempurna.
Yang keempat : Keselamatan yang terjamin.

Wahai anak muda. Mari duduk mengelilingi aku di kedai kopi ini. Aku ingin memaki kerajaan Umno Barisan Nasional sepuas-puas hatiku.. mari kemari !

Aku tahu kamu semua memakai baju 'bundle', kerana baju bundle itu cantik bagi pandangan matamu, ada brand lagi murah. Berapa harganya ? RM 5. Oh ada yang baik punya, berapa harga ? sepuloh hinggit ! Lebih kurang saja. Kamu miskin, tak mampu beli baju branded yang baru.

Apa yang kamu makan tengahari tadi ? Apa lauk tengahari yang dimasak oleh mak kamu ?? Ya , telor goreng. Semalam ? Anak ikan? Bila kali terakhir kamu makan siakap ? Tak pernah makan ikan siakap bang...!

Umur kamu berapa ? 20 tahun bang. Apa kerja ? Kerja kilang. Gaji berapa ? RM 700. Macamana nak kumpul duit kalau nak kawin nanti..?? Tak taulah bang.

Tu, aku nampak ko pakai kereta kancil ? Banyak duit ? Alah.. itu kereta kancil second. RM 200 sebulan. Itu ada kemek sikit, tak de duit nak bikin.

Kalau ko kawin nak duduk mana ? Aku tau ko tak mampu beli rumah. Esok bini ko kerja , gaji RM 700 juga. Anak ko pun aku tak tahu sapa nak bela. Bagi atuk dia bela la.. cepat sikit atuk ngan nenek dia jadi nyanyuk. Bini ko boleh berhenti kerja jaga mak mentua dia yang dah nyanyuk. Ulama muda kata jaga mak mentua nyanyuk adalah kewajiban bini ko. Ulama tua punya pendapat aku tak tanya lagi.. aku fikir lebih kurang saja hukumnya.

Itu isteri kau kerja mana kilang pun aku tak tahu. Bergaul dengan Nepal, Bangla.. segala jenis pendatang asing yang perangainya luar jangka. Ini semua bahana mak bapak kau mengundi Umno/Barisan Nasional !

Ni aku nak bagi tahu kamu semua, tak ada 'cahaya' di hujung perjalanan hidup kamu. Apa yang menunggu kamu semua adalah kemiskinan, kemiskinan !

Apa yang menunggu kamu di hadapan sana.. adalah ketakutan, resah gelisah, hidup menumpang, atau menyewa rumah kerana tak mampu beli rumah sendiri.

Aku ulang sekali lagi, 4 perkara jika sebuah kerajaan tak mampu beri kepada rakyatnya. Kerajaan itu patut berambus dari tampuk kuasa ! Ini betul-betul p*****k punya kerajaan !

Jangan cerita minyak murah, perubatan percuma, yuran pengajian percuma, tol percuma, air free, letrik murah. Aku nak ulang sekali lagi, biar ko betul2 faham;

Ada 4 perkara sebuah kerajaan perlu laksanakan terhadap rakyatnya. 4 keperluan yang wajib bagi setiap warga mengecapinya. WAJIB terlaksana ! Jika tidak, kerajaan itu wajib berambus dari tampuk kuasanya. Ia sangat mudah. Apakah 4 perkara tersebut ?

Yang pertama : Keperluan makan dan pakaian bagi rakyat (rakyat dah tak mampu beli makan dan pakaian, sampai anak kecil pun minum sirap tak minum susu.

Yang kedua : Memiliki kenderaan yang selesa ( rakyat hanya mampu pakai kereta kancil second hand atau proton saga model tahun 90-an.)

Yang ketiga : Keadaan rumah yang sempurna. ( kamu pun tak yakin mampu beli rumah, bahkan bank pun tak confident dengan kemampuan korang )

Yang keempat : Keselamatan yang terjamin ( tak payahlah tunggu anak ko kena bunuh dengan Nepal, cukup2 lah anak orang lain yang masih dalam rekod sebagai 'orang hilang')

So, apa tunggu lagi ??? Ini betul2 p*****k punya kerajaan. Umno/ Barisan Nasional boleh BERAMBUS pada PRU 13 ! Setuju ?????

SETUJU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekian terima kasih.

Isnin, 30 Mei 2011

Agama Bukan Mesin Kira


Ketua Panel Syariah ESQ nafi program menyeleweng
Berita Harian Online 2010/07/09
KUALA LUMPUR: Ketua Panel Syariah ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menafikan dan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu.

Apa kaitan cerita saya ini dengan isu di atas?

Suatu hari saya berada di sebuah hospital pakar di JB bagi mendapatkan rawatan ayah saya yang sakit. Sakit pada tangannya. Doktor tidak dapat mengesan jenis sakitnya tetapi melibatkan hujung saraf-saraf di tangan kirinya. (Ayah telahpun meninggal dunia tetapi akibat kanser)

Ketika itu di sebelah ayah ada seorang akauntan berumur 35 tahun menurut katanya.Dia pun sedang sakit juga. Sakit yang tidak biasa orang lain dapat. Dia tidak boleh membaca. Dia pandai membaca, tetapi sekarang ini dia tidak boleh membaca. Jenis sakitnya itulah, dia tidak boleh membaca. Jika dia membaca dia akan jatuh pengsan.

Saya berbicara dengannya sementara dia menunggu namanya dipanggil. Dia kelihatan sihat, cuma katanya dia tidak boleh membaca. Jika dia membaca atau mengira dia, dalam beberapa minit dia akan pitam. Doktor tidak dapat mengesan apa punca penyakitnya.Dia tahu hal itu kerana bukanlah pertama kali dia mendapatkan rawatan dan meminta nasihat doktor.

Gajinya tidak kurang RM lima belas ribu! 3/4 rambutnya telah beruban walaupun baru berumur 35 tahun. Saya mintanya berehat dari bekerja. Dia tidak mahu. Hidup mesti bekerja katanya. Saya katakan lagi bukannya berehat selamanya, tetapi mengambil cuti sementara dia sakit.

Katanya jika dia bercuti, dia nak buat apa? Saya kata berehat saja. Gaji pun bukannya sedikit. Jagalah badan juga. Dia kata doktor tak dapat mengesan sakitnya. Saya kata sabar, insyaAllah akan sembuh.

Dia seperti marah. Dia jawab,'Semua orang kata macam awak, sabar, sabar, sabar, tetapi yang menanggungnya saya' Alamak kenapa dengan dia ni? getus hati saya.

'Ya lah, sabarlah, banyakkan berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Allah akan sembuhkan penyakit awak. Banyakkanlah sembahyang hajat.' Saya cuba memberikan harapan kepadanya. Dia tidak senang dengan kata-kata saya.

' Semua orang bercakap macam awak, sabar, berdoa, tetapi yang menanggung saya. Saya yang menderita dengan penyakit ini. Awak tak rasa, kalau awak rasa baru awak tahu. Setakat sabar-sabar, berdoa semua orang boleh cakap.' Seperti akan saya tinggalkan saja Mamat akauntan ini. Tak boleh dengar nasihat.

Untuk kesekian kalinya saya mengulang perkataan yang hampir sama, saya katakannya padanya' Awak bersabar, mungkin ada hikmah Allah nak berikan pada awak. Awak hanya tak boleh membaca, bukannya sakit terbaring. Hanya bila membaca saja awak pitam.Keluar bercuti, melihat pandangan yang inda-indah, jangan asyik nak mengira dan menulis saja.. Maka berehatlah, banyakkan berdoa kepada Allah, insyaAllah akan sembuh.

Dia menolak saranan saya dengan jawapan yang amat mengecewakan. Katanya; ' Kenapa saya sakit semacam ini? Saya bukan orang jahat.Saya bukan tak sembahyang.Awak dan orang lain semua suruh saya berdoa. Awak ingat saya tidak berdoa? Dah puas saya sembahyang hajat, tapi sakit saya tidak sembuh juga. Kalau nak kira jahat banyak lagi kawan-kawan saya yang lebih jahat, minum arak dan 'main' perempuan, tak ada pun mereka sakit apa -apa. Apa lagi saya nak buat, jumpa doktor, doktor pun tak tahu sakit apa.'

Jika begitu jawaban akauntan ini maka saya dah tahu apa sakitnya. Sakit seorang akauntan dan penyakit itulah yang membuatkan dia menjadi seorang akauntan. Sakit -MENGANGGAP AGAMA SEPERTI MESIN KIRA-KIRA !

Beberapa detik sebelum dia dipanggil bertemu doktor saya sempat berkata kepadanya,' Saudara, jika selama ini saudara sembahyang supaya dapat kesembuhan penyakit, memang penyakit saudara tidak akan sembuh. Tetapi jika saudara sembahyang semata-mata untuk mendapatkah ALLAH, tentu Allah akan sembuhkan penyakit saudara. Agama bukan 'calculator'. Betulkan niat saudara..

Kemudian dia pun pergi. Kasihan... dia amat kecewa. Kita tinggalkan cerita itu.

Akauntan ini telah salah dalam memahami agama. Mungkin ketika kecil ibunya selalu berkata, nak pandai mesti baca buku. Dia membaca buku dan dia pun menjadi pandai. Nak lulus periksa mesti berdoa, maka dia pun berdoa maka luluslah dia peperiksaan. Dia sangat lurus, itulah perangai seorang bakal akauntan.

Begitulah ketika di universiti, belajar rajin-rajin mesti dapat cemerlang, dia pun rajin belajar dan dapat cemerlang. Kalau belajar pandai nanti dapat jadi akauntan, dapat gaji RM 15 -20 ribu. Dia belajar pandai, dapat jadi akauntan dan dia pun dapat gaji RM 15 - 20 ribu.

Begitu juga dengan kunci kira-kira. Macamana pusing pun keluar- masuk duit, akaun mesti berimbang. Dia pun menyusun segala bil dan perbelanjaan wang keluar masuk, 5 sen pun akan dikoreknya... dan akaunnya pasti akan seimbang! Itulah akauntan.

Setelah sekian lama membuat kira-kira, maka dalam beragama pun dia berfikiran begitu. Disangkanya agama itu seperti calculator. Bila berdoa mesti diperkenankan. Bila bersembahyang mesti masuk syurga. Bila jahat mesti hidup akan susah. Bila malas pasti akan jadi miskin. Orang miskin pasti sebab mereka malas. Orang susah sebab tak mahu berusaha. Orang bodoh sebab tak mahu belajar. Orang ditimpa bencana tidak lain kerana dilaknat Tuhan.

Akhirnya dia kecewa bila dia sakit, mengapa tidak sembuh. Dia telah berdoa mengapa Allah tidak kabulkan. Dia telah bersembahyang hajat, mengapa Tuhan tidak penuhi hajatnya seperti masa-masa yang lalu... dia amat kecewa.

Begitulah saudara-saudariku muslimin dan muslimat, bukan semua pelajaran dan perbuatan yang baik akan membawa kita kepada Tuhan, sebelum di akhirat nanti menjadi kehairanan, eloklah ditanya dan di fahami betul 'hakikat' niat tuan-tuan. Dan kenalilah bener-benar 'hakikat' ketuhanan Allah yang tuan-tuan sembah. Dalam apa bidang sekalipun. Kekuatan ESQ amat penting, tetapi kekuatan itu tidak akan sekali-kali akan mendahului Tuhan dalam hidup ini.

Saya cenderung kepada kumpulan yang mengharamkan sebahagian Modul ESQ, tentu ada sesuatu dalam hal aqidah ini yang lebih perlu diteliti, dalam melahirkan kumpulan manusia yang lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, dan lebih memahami antara usaha manusia dan 'ketentuan' Tuhan ALLAH swt.

Sekian'
'Kiyai Reformis Bersama Orang Muda

Rabu, 25 Mei 2011

Mana Hasil Negara Kita??


Jika kamu ada tanah 100 ekar sahaja, ada pula orang menyewa rumah2 kamu di tanah tersebut, ada market dan gedung-gedung dan hasil tanaman ,tidak bolehkah kamu memberi senang kepada anak kamu walau seramai 50 orang hasil perkongsian dgn 4 orang isteri?

Maka, jika Umno Barisan Nasional memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun, menguasai Tanah Semenanjung bersama Sabah dan Sarawak, mengutip bayaran dari hasil air, api dan udara. Mengutip cukai tanah, hasil dari tanah, hasil dari atas tanah, atas langit dan dalam perut bumi..hasil saman, denda, kompaun.. bla..bla.. bla..

Tidak bolehkah mereka memberi senang kepada sekelian rakyat Malaysia yang hanya 27 juta orang ini? Tidak bolehkah ??

(Untuk pengetahuan kalian, 27 juta penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak hanyalah menyamai jumlah penduduk di Jakarta saja dari seluruh penduduk Indonesia berjumlah 238 juta orang ! )

Catatan Tentang Histeria


Maaf jika telahan ini menggusarkan sedikit perasaan seseorang yg selalu diserang histeria. Pada kebiasaannya orang mengatakan seorang yg 'lemah semangat' akan mudah diserang histeria. Kenyataan ini ada benarnya. Sungguhpun begitu sebab-sebab seseorang itu 'lemah semangat' tidak diberitahu. Dan bagaimanakah keadaan yang dikatakan semangat yang lemah itu?

Minta ampun, minta maaf, buat ibu-bapa yg ada anaknya selalu terkena histeria, atau bagi pengidap 'penyakit' histeria itu sendiri, jika perkataan saya ini menyinggung perasaan anda atau satu tuduhan yang tidak berasas. Mudah-mudahan akan pulih perasaan anda setelah membaca secebis tulisan saya ini. Itupun jika ianya mengenai akan perihal kehidupan anda.

Adapun histeria ini melalui pendapat doktor moden adalah akibat gangguan saraf otak dek tekanan perasaan. Begitu mudah. Makan pil dan tidur paksa untuk merehatkan saraf. Itu saja ubatnya yang mereka tahu. Ini tidak membaiki banyak keadaan. Suka atau tidak kebanyakan manusia percaya org yang terkena histeria itu berkaitan juga dengan gangguan makhluk halus. Sebab itu akhirnya ustaz atau pawang juga yang dijemput bagi memperelokkan keadaan. Bahkan pendapat golongan ustaz dan pawang ini juga yang diminta hatta dalam siaran di televisyen mahupun radio.

Maka di sini, sukalah saya melontarkan pendapat berkenaan hal ini yang menjadi 'kepercayaan' bagi saya pula. Mengenai siapakah orang yang akan terkena histeria itu.

1- Pertama, seorang yang selalu lemah semangat dan rendah diri (walaupun rajin solat)
2- Kedua, seorang yang tidak pernah solat (walaupun kuat semangat)
3- Tidak pernah solat dan lemah semangat

Dalam tulisan ringkas ini saya hanya ingin mengulas golongan yang pertama dahulu. Biasanya orang perempuan. Tak kiralah yang berperangai gila-gila, kekadang berperawakan seperti muslimah yang baik. Rajin bersolat dan membaca Al Quran. Tetapi mengapa ia mudah juga kesampukkan?

Kita bicara dulu serba sedikit tentang berdirinya batang tubuh manusia itu dengan dua unsur; zahir dan batin. Kita katakan yang zahir itulah jasad dan batin itulah roh. Dikatakan roh itu boleh terpisah dari jasad ketika kita mati atau tidur dan bermimpi. Kerana jasad dan roh boleh terpisah maka, saya percaya jasad dan roh juga boleh menjadi renggang. Dalam kerenggangan itulah sebenarnya telah memberi ruang kepada makhluk halus mendiami jasad seseorang. Kekadang mendiaminya sepintas lalu, bahkan ada yang mendiaminya seumur hidup!

Persoalannya, mengapa jasad dan roh seseorang menjadi renggang?

Dalam sesebuah keluarga, pengaruh didikan amat penting. Sehinggakan keluarga seorang ustaz menjadikan anak gadisnya kelihatan begitu 'muslimah' sekali. Itu bukan jaminan anak itu tidak akan diserang histeria, jika sekiranya satu ketika si gadis pernah 'jatuh' dan kecewa. Maksud kejatuhan bagi saya adalah satu tragedi atau titik hitam dalam hidupnya.

Tragedi atau titik hitam itu bermacam-macam bentuknya. Sebagai contohnya; jika bapanya selalu mencela rupa paras, 'muka awak lebih molek jika pakai tudung' ertinya jika tidak bertudung dia bukanlah gadis yang molek dan cantik. Atau terang-terang anak itu dikatakan 'tidak lebih cantik dari adik beradiknya yang lain'. Atau dia selalu mencela anaknya sebagai anak yang paling tidak pandai (bodoh). Atau anak itu mendapat tekanan pelajaran yang tidak terbawa oleh pemikirannya. Biasanya dilakukan pihak ibubapa yang mahu memastikan semua anaknya masuk universiti. Ini satu tragedi.

Tragedi yang lebih dahsyat jika suatu masa, kanak-kanak itu pernah dicabul bahkan dirogol dalam pengetahuan atau tanpa pengetahuan sesiapa. Ini juga satu tragedi. Ia telah berlalu begitu lama . Mungkin 10 atau 15 tahun yang lalu ketika ia masih anak kecil.

Justeru demi masa yg berlalu, anak gadis kecil itu telah pun menjadi remaja. Akan tetapi remaja yang bagaimanakah dia sebenarnya? Apakah yang ada dalam dirinya? Ia telah menjadi seorang remaja yang mungkin pandai dalam pelajaran, mungkin rajin bersolat. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia amat 'benci' kepada dirinya sendiri..

Maka, diharungilah kehidupan itu sebagai seorang remaja yang telah renggang antara roh dan jasadnya.

Baiklah, kita pergi kepada seorang remaja yang terkena histeria. Dia menjerit, terpekik terlolong, kadang-kadang dia diam dengan mata yang tajam merenung sesuatu. Ada masanya dia berbicara dengan bahasa yang tidak difahami. Demikian, dipanggil seorang ustaz pawang mengubatinya. Dibacakan beberapa ayat Al Quran, dan dia pulih. Ada yang pulih sepenuhnya, ada yang pulih sementara.

Bagi yang pulih sementara, bila ustaz pawang pulang, ia dirasuk semula. Mengapa? Inilah yang saya katakan tadi, roh dan jasadnya telah renggang. Inilah sebenarnya yang memberi 'ruang kosong' untuk makhluk halus tetap boleh kembali mendiami di dalam tubuhnya.

Apabila dijampi oleh ustaz pawang, makhluk tersebut sebenarnya hanyalah keluar sekejap, merasa panas dan terbang bertenggek entah dimana-mana bahagian rumahnya atau menghisap rokok dulu di atas-atas pokok kayu. Lantaran 'ruang' yang tersedia di dalam tubuh gadis tersebut masih ada untuk didiami, maka dia akan masuk semula. Semakin besar 'ruang' tersebut, semakin lama dan selesa segala jin dan hantu ini akan berumah di situ. Kadang-kadang bukan seekor- dua bahkan sehingga 4-5 ekor.

Dengan penjelasan ringkas di atas dapatkah saudara gambarkan keadaan anak-anak gadis kita yang mudah terkena histeria itu? Hakikatnya, seorang ustaz yang pawang lagi dukun sebenarnya hanyalah penawar sementara bagi mereka. Penawar yang sebenarnya adalah diri mereka sendiri. Saya ulangi: penawar yang sebenarnya adalah diri mereka sendiri. Jika perlukan bantuan pun mungkin dari rakan baik dan saudara terdekat. Bagaimana? Kembalikan keyakinan diri gadis tersebut! Bagaimana ? Bergantung kepada apa yang melemahkan dirinya selama ini.. bertahun-tahun tanpa disedari sesiapa !

Perempuan yang telah ternoda selalu merasakan dirinya tidak cantik lagi. Ia sentiasa hidup dalam keadaan merasa ketidaksempurnaan. Perasaan ketidaksempurnaan itu kekadang tidak disedari oleh dirinya sendiri. Maka, ia menjadi pendiam dan rendah diri. Jika ia sedang bergembira pun sebenarnya ia tidak segembira orang lain. Dan sekali 'lintasan' makhluk halus berlaku, mudahlah melekat dalam dirinya. Maka, tugas kita (jika tahu) akan hal itu adalah mendatangkan kekuatan bagi dirinya.

Masalah seorang gadis yang selalu kerasukan histeria adalah masalah dirinya sendiri. Saya tidak hidup berdekatan dengannya. Kebanyakan orang pun tidak mampu menolongnya. Kecuali ustaz yang dukun lagi pawang yang mampu memberi penawar sementara. Apa yang mereka boleh lakukan adalah menyayangi diri mereka sendiri. Menjadi lebih berani dan yakin.

Bagi sebuah keluarga yang suka mencerca, anak gadisnya yang cantik pun akan mendewasa sebagai seorang yang rendah diri. Bagi sekolah yang mementingkan gred, pelajar yang lemah dalam pelajaran akan dihina bahkan tidak diterima untuk ke sekolah tersebut. Bagi seorang gadis yang telah ternoda, dia tidak melihat lagi kemudaan dan kesucian hatinya sebagai satu nilai yang akan dihargai oleh seorang lelaki yang dicintai. Hati mereka terisi dengan ketakutan dan benci. Takut kalah dalam penghidupan dan benci pada diri mereka sendiri. Roh mereka membenci jasad. Bagi mereka jasad mereka amat buruk dan hodoh. Amat kotor dan jijik. Sedangkan itu semua adalah sangkaan palsu semata-mata.

Maka menjadi tugas guru-guru, teman baik dan yang terpenting sekali diri sendiri, untuk berusaha kembali merapatkan roh dan jasad yang sudah renggang itu. Memaafkan diri sendiri adalah langkah pertama yang biasa kita dengar. Kembali kepada mempercayai diri sendiri sebagai seorang yang hebat adalah langkah seterusnya. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan Allah swt terhadap segala ujian dan mehnah-Nya. Bergembiralah dengan sebenar-benar kegembiraan. Percaya bahawa anda sebenarnya tidak kekurangan apa-apa akibat tragedi masa lalu itu. Apakah ianya sukar ?

Ia adalah satu pembinaan keyakinan diri. Ia mengambil sedikit masa. Tetapi tidak lama sebagaimana tragedi masa lalu yang telah memupuk perasaan anda menjadi orang yang lemah. Percayalah jika roh anda mula menyintai jasad anda semula,bila jiwa anda mula percaya bahawa anda sebenarnya seorang gadis yang cantik , hebat dan berani, tidak ada jin dan syaitan yang selesa duduk diam dalam tubuh anda. Tiada ruang lagi untuk mereka. Jika 'ruang' itu telah merapat.
Kejap dan erat. Telah berdiri seorang gadis yang penuh dengan keyakinan diri. Maka syaitan dan jin akan terkeluar dengan sendirinya. Bagaimana mereka hendak masuk semula jika ruang kosong sudah tidak ada! Tidak perlu lagi ustaz yang dukun lagi pawang dipanggil merawati seorang gadis yang terpekik terlolong tidak menerima dirinya sendiri yang akhirnya jin dan syaitan jua memperkudakan jasadnya.

Cintailah diri sendiri. Menjadi lebih berani. Percaya anda hebat dan disayangi.

Bukan akhir kata, kerana ada 2 lagi mangsa histeria di atas yang belum saya ulas. Akan saya sambung pada kesempatan yang lain. Semoga yang pertama ini dapat dijadikan sedikit pedoman buat rakan dan diri sendiri. Masa pun terkejar-kejar.. sedang banyak lagi yang hendak di'keyboard'kan.. sekian dulu.

Kiyai Reformis bersama anak rumaja.

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat


Kata Dr Mahathir: 'Biar mati anak jangan mati adat' sudah tak boleh dipakai. Kalau anak dibiar mati, siapalah lagi yang hendak menyambung adat??

Maka bagi sebahagian kita.. betul juga kata Dr Mahathir itu... ( itu pun kalau adat mengarut warisan datuk nenek kita yang penyembah api dan pokok kayu.

Tetapi itu bukan hakikat pepatah di atas. ' Biar mati anak, jangan mati adat bukan bermaksud begitu.

Orang-orang tua Melayu tidak belajar agama tinggi.. arwah nenek saya sebelah emak namanya Esah (Aishah) tidak pandai mengaji.. tidak lama sebelum dia meninggal, dia minta saya ajarkan dia Ayatul Kursi.. kerana apa yg didengarnya bahawa hikmat Ayat Kursi itu amat besar sekali. Saya masih ingat nenek saya paling susah hendak menghafal kalimat 'walaa ya uduhu hif dzuhuma..' sehinggalah dia meninggal dunia..Dia tidak dapat menghafalnya dgn baik.

Ketika dia terbaring sakit selama 3 hari sebelum kematiannya..(tumbang bila tiba-tiba degupannya jantungnya menjadi tidak elok ) tangannya sentiasa tergenggam dgn telunjuk yg diluruskan spt dalam solat. Saya tahu ia ingin menggenggam 'keesaan' Allah swt agar jgn luput dari hatinya.. begitulah dia mengakhiri hayatnya di hadapan mata saya.

Apa yang saya ingin ceritakan ialah pendirian orang2 tua Melayu tentang adat yang berpaksikan agama. Walaupun nenek saya tidak mengaji tinggi, saya dapat lihat apabila suatu hari, kakak saya yg berambut panjang hingga ke pinggang telah memotong rambutnya menjadi pendek separas bahu. Rambut yg dibela panjang sejak kecil hinggalah remaja dipotong mungkin kerana malas hendak mengurusnya. Tetapi tindakan nenek saya yang terperanjat melihat rambut pendek kakak saya itu, menjadikan saya kaget sekali.

Nenek saya menjerit serata rumah sambil menjerit, ' Alahai orang gila sudah balik ! orang gila sudah balik! Kakak kau sudah menjadi perempuan gila berambut pendek ! '

Itulah yang diulang2nya berkali-kali sehingga saya sedar bahawa hal itu amat besar sekali baginya. Mereka tidak bicara tentang hukum-hakam. Mereka tidak pandai mengaji Quran jauh sekali dari mentela'ah kitab2 fekah. Mereka bicara tentang adat. Adat yg berpaksikan agama...

Itu cerita nenek saya sebelah emak. Ini satu lagi cerita nenek saya tetapi sebelah ayah. Namanya Puteh. Puteh binti Hassan. Suatu hari adik saya yang perempuan sedang memcuci pinggan-mangkuk. Adik saya masih remaja 12-13 tahun umurnya ketika itu. Apabila sedang membasuh pinggan, adik saya melipat (menyingsing) lengan bajunya hingga hampir ke siku. Dibimbangi akan basah lengan bajunya.

Seketika hal itu dilihat oleh nenek Puteh saya, terus dimarahinya akan adik saya itu. 'Kenapa kau sinsing lengan baju kamu itu?? !'

Tentulah adik saya menjawab, '..bagaimana nanti lengan bajunya akan basah!.'

Tetapi sungguh orang2 tua kami ini amat kuat adatnya. Adat berpaksikan agama Islam. Mereka tidak sekali bicara tentang hukum halal dan haram. Mereka tidak tahu akan hal itu. Subhanallah ! sungguh mereka amat tegas sekali.

' Aku tidak peduli lengan kamu basah! Lengan baju jangan disinsing.

' Habis tuk, kalau lengan basah camana?

Jawab nenek saya amat mudah, 'Biar basah!'

Terkenangkan dua hal yang tersebut, betapa selalu saya merasa akan kehebatan mereka. ' Biar mati anak, jangan mati adat' Adat yang mereka pegang itulah yang dinamakan Adat Temenggong. Adat yang berpaksikan agama Islam. Pegangan orang2 tua Melayu Johor. Bukan sebagaimana yg disangka orang, bahawa adat itu hanyalah adat bersireh junjung, bukan adat sanding-bersanding itu. Bahkan kebiasaan agama Islam yang warisi turun-temurun..

Maka, oleh hal yang demikian, fahamlah saya bahawa pepatah 'Biar mati anak jangan mati adat' itu bermaksud lebih jauh dari yang difahami oleh orang-orang sekarang ini. Siapa yang melanggar pantang larang agama bagi masyarakat Melayu yg beradat dengan adat Temenggong , maka mati lebih baik.

Adat pencuri, di potong tangannya. Adat penzina di sebat seratus kali, jika muhsan direjam mati. Adat agama jangan dilanggar. Adat Temenggong jangan dicabar. Adat berdiri atas nilai agama! 'Adat Temenggong- bukan pegang sebarang pegang, Genggam bara api biar sampai jadi arang.'

Dalam tulisan seringkas ini, moga2 tuan-tuan juga akan faham..'Biar mati anak jangan mati adat!' adalah satu ungkapan yang benar.


Sekian- Kiyai Reformis beradat dengan Adat Temenggong (The Original Version)

Selasa, 17 Mei 2011

Pendapatan Isirumah RM 4 Ribu Sebulan


Emak ayah pergi bekerja.. anak kecil dihantar ke rumah jiran. Emak balik ke rumah jam 6 petang. Ayah tiba jam 7 malam. Semasa berumur di bawah 10-12 tahun, jiran yang tolong memelihara si anak itu tadi masih benar dapat memantau mereka. Bila naik sekolah menengah langkah semakin panjang seiring dengan akal yang panjang juga. Emak ayah bekerja belasan tahun , duit masih tak cukup juga. Masih terus mencari duit kononnya untuk anak-anak. Anak balik sekolah tengahari duduk makan minum dan menjadi remaja di rumah jiran. Umur baru 12 tahun. Kadang-kadang sudah pandai balik ke rumah terus. Masak maggi di rumah sendiri, buat makan tengahari..
Seorang anak awal remaja sedang mekar. Siapa akan menafikan fitrah manusia? Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Ia datang sendiri. Bahkan perasaan itu datang juga oleh tuntutan semasa dek pergaulan. Apakah aku ini seorang gadis yang competitif dalam pasaran semasa? Maka, datanglah seorang abang angkat menjadi pemangkin pemberi semangat, juga sebagai tanda dia sudah 'laku' dalam pasaran gadis2 remaja sebayanya.
Hari-hari yang berlalu tanpa 'sedar'? makan tengahari dengan abang angkat. Entah berjalan kaki, atau naik motor atau naik kereta. Emak ayah masih di opis bekerja mencari uang, ya dengan alasan konon untuk anak2 nya... tetapi anaknya di mana?
Kemudian.. terjadilah apa yang kita tahu akan terjadi. Anak ini telah rosak sejak umur mereka terlalu muda. 13-14 tahun. Badan mereka masih amat kuat, tenaga sedang di puncaknya. Apakah akan kita tanya anak-anak remaja ini, tidakkah mereka takut akan dosa? Tidak takutkah kepada Tuhan? Untuk apa pertanyaan itu? Anak-anak itu masih amat baik kerana mendiamkan diri, masih terasa berbuat salah dan dosa. Sedang semalam siapa yang peduli dia itu mengaji agama atau tidak, bersembahyang atau tidak? Untung mereka tidak menjawab, 'Tuhan itu siapa??'
Mengapa emak ayahnya mencari uang belasan tahun masih tidak cukup-cukup? Bilakah masanya mereka akan sentiasa bersama anak-anaknya? Hendak disalahkan usaha mencari uang, gaji ayah dicampur dengan gaji emak tidaklah sampai seribu ringgit!?. Itu kehidupan kolar biru di kampung. Kolar biru di bandar dapat gaji 2 ribu pun hampir-hampir tidak berguna juga! Itupun belum dibersihkan lagi. Aduhai.. teruknya bekerja di Malaysia ini.
Bagaimana hendak disalahkan ibubapa yang terpaksa mencari uang yuran sekolah, sewa rumah, makan pakai anak-anak? Bagaimana hendak disalahkan guru-guru? Bukan tugas guru memantau setiap murid hingga ke rumah mereka. Hendak disalahkan anak-anak remaja ini?? Apa yang mereka tahu????
Bila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PR akan memastikan pendapatan isirumah tidak kurang RM 4 ribu ringgit sebulan di Malaysia ini, mengapa tidak faham juga? Memang celaka jika yang tidak faham itu pihak parti pemerintah. Dan lebih kasihan lagi jika yang tidak mahu faham itu adalah ibubapa yang anak mereka telah menjadi bohsia di atas itu tadi !!! Sungguh Umngok berbangga dengan sokongan mereka... Ya Allah ya Tuhanku.. datangkan fungsi kepada otak-otak mereka ini.. jangan BODOH sangat.. Amiin...

Selasa, 20 Julai 2010

Jual Darah Untuk Belanja Anak Sekolah....



Pinjaman Riba telah pun ditukar istilahnya kepada Pembiayaan Peribadi..dengan sedikit tambahan istilah Arab ia telah pun menjadi 'halal'?.

Jika riba boleh dihalalkan dengan pelbagai istilah Arab melalui bank-bank Islam, hingga akhirnya surat-surat bank pun datang menjaja hadist Rasulullah " Jiwa seseorang muslim itu tergantung oleh sebab hutangnya......'

Maka, takutlah si miskin oleh tekanan nabi itu. Sedang pinjaman bank 'Islam' (yang ditukar dengan istilah - ' PEMBIAYAAN'), dari jumlah asal RM 10 ribu boleh mencecah bayaran balik sehingga RM 24 ribu !) hanya untuk tempoh 5 tahun. Islam kepala hotak mereka!.. Apa nak dikata, aku pun terlibat sama untuk 'dibiaya' oleh mereka.

Kemudian mereka menghalalkan pula pendermaan organ, konon akan menolong orang sakit yang memerlukan.

Jika derma organ boleh dihalalkan, mengapa mengambil keuntungan dari pendermaan atau penjualan organ diharamkan. Sebahagian besar ulama muta'akhirin banyak sekali bersidang dan berfatwa. Dalam 'kesamaran' yang tidak disedari oleh orang awam, hukum-hakam yang mereka keluarkan kerap berpihak kepada orang-orang kaya dan kapitalis. Seolah-olah neraka itu hanya untuk orang miskin sahaja. Baik neraka dunia mahupun neraka akhirat.

Mari kita lihat dari sudut pendermaan darah oleh orang awam kepada pihak hospital. Kononnya bank darah di hospital begitu kerap mengalami kekurangan bekalan darah.Maka kempen-kempen DERMA DARAH pun dilancarkan. Darah-darah ini disedut secara percuma.

Jika orang miskin hendak menjual darah mereka, maka cepat sekali mereka mengeluarkan hukum haram tanpa membuat sidang fatwa. Tetapi bila pemerintah meminta orang ramai menderma darah segera saja mereka menghalalkannya.

Darah itu mahal harganya. Entah berapa ratus ringgit bagi setiap kantung plastik. Pihak hospital melalak meminta rakyat menderma darah. Katanya hospital kekurangan darah. Tiada bantahan dari seorang ulama pun. Selepas menderma darah, dapatlah si miskin sebiji epal dan sebungkus nasi, konon telah membuat pahala kebajikan.

Apa yang menjadi persoalan bagi diri saya mengapa golongan ahli agama tidak mengharuskan penjualan darah ? Jika satu pain darah berharga RM 100 atau RM 200, tidakkah masalah hospital kekurangan darah akan selesai? Setiap hujung tahun berduyun-duyun orang miskin akan ke hospital menjual darah mereka untuk mendapatkan belanja anak sekolah. Dapatlah mereka membeli baju yang baru dan kasut yang baru untuk anak-anak mereka.

Kepada semua para alim ulama' saya ingin berseru..'Keluarkan fatwa mengharuskan penjualan darah - Orang miskin dapat duit - Bekalan darah di hospital akan cukup !!!

Justeru mengapa ulama mengharamkan hal ini. Salahkah jika saya menuduh kebanyakan ulama' hari ini kerjanya hanya 'memasukkan' orang miskin ke dalam neraka sahaja?

Timbul pula tandatanya di benak saya, apakah darah-darah rakyat hasil derma percuma di jual ke hospital-hospital swasta atau hospital pakar ? Dijual dengan harga yang mahal sekali? Ini kerana saya tidak pula mendengar hospital swasta mengalami masalah kekurangan darah, atau dengan begitu kerap masuk ke kampung, menyedut darah-darah orang kampung secara percuma. Apakah benar darah orang kampung ini dijual kepada mereka ? Jika benar, apa yang orang miskin dari kampung, yang menderma darah-darah mereka ini dapat ?

Apakah saya ketinggalan keretapi, hingga saya tidak tahu hukum menderma dan menjual darah ? Atau para ulama kita memang tidak mempedulikan hal itu ? Jika benar tentulah amat malang sekali bagi kita. Amat malang sekali nasib orang-orang miskin yang pemurah dengan darah mereka itu. Apakah hukumnya menjual darah sendiri ? Jika hukumnya harus, saya ingin memberitahu orang-orang miskin, lebih baik mereka menjual darah mereka dari mereka mendermakannya. Mereka akan dapat wang (tak kiralah wang itu bernama keuntungan atau saguhati- asalkan halal) Maklumlah seperti kata Datuk Nikah Kawin dalam filem Musang Berjanggut; 'hukum negeri ini saya yang bikin..!'

Atau jika hukum menjual darah sendiri itu dinisbah sebagai haram, bagaimana menderma darah boleh menjadi halal pula ? Maka, amat dikesali fatwa sebegini menjadi hujah golongan sosialis yang mengatakan para rahib dan ulama dibayar hanya untuk menguntungkan para pemodal dan orang-orang kaya. Benar-benar hukum hakam mereka itu hanya untuk memasukkan orang miskin ke dalam neraka sahaja..

Dalam hati yang tidak puas ini, saya masih mengharapkan sesuatu. Saya bukannya mahu apa yang kamu 'halalkan' itu kamu haramkan semula. Cuma 'berilah muka' kepada orang-orang miskin bila hendak mengeluarkan fatwa.

Nabi Muhammad saw ketika turunnya ayat perintah mengeluarkan zakat. Terus sahaja mewajibkan zakat. Orang kaya terperanjat dan merasa rugi sekali. Tanpa sebab dan alasan 'kukuh', wang dan hasil pertanian usaha mereka akan diambil sebahagiannya untuk orang miskin dan fakir. Apakah nabi peduli kepada orang-orang kaya tersebut? Nabi tidak peduli kepada mereka!

Orang yang berpaling tidak mahu membayar zakat sesudah nabi wafat. Akan diperangi oleh Saiyidina Abu Bakar ra. pula. Apakah Abu Bakar peduli kepada mereka? Abu Bakar tidak peduli pun kepada mereka itu. Orang kaya yang kikir adalah orang kaya yang biadap kepada Tuhannya.

Maka, apa jadi dengan kita semua? Mengapa fatwa-fatwa yang difahami seperti hal ini, hanya menyusahkan si miskin sahaja? Sepatutnya darah orang kaya itu yang diberikan percuma untuk orang miskin. Bukannya darah orang miskin yang mereka 'hisap' dengan upah sebiji epal sebagai saguhati diberikan kepada orang kaya yang banyak penyakit.(kononnya saguhati menderma darah 'hukum'nya HALAL!)

Saya ingin menyeru kepada pihak hospital, baik hospital kerajaan ataupun swasta, selepas dari hari ini, 'saguhati' dari pendermaan darah itu mestilah tidak kurang dari RM 100/ pain. Jika tidak saya akan sampaikan dengan seberapa terdaya saya kepada orang-orang miskin - ' jangan biarkan mereka mengexploitasi DARAH-DARAH kamu dengan SYURGA yang palsu..

'RM 100 Bagi Setiap Pain Darah' ok la kan..? Tak mahu boleh blah !!

Sekian,
'Kiyai Reformis Bersama Orang-Orang Mskin Yang Sihat Tetapi Kurus'

Ahad, 18 Julai 2010

Bagaimana Mengurus Perkahwinan Dengan Mudah dan Murah?



Wednesday, July 7, 2010 at 4:41am
Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada Tuhan ALLAH swt. Di kebanyakan tempat sekarang ini, majlis perkahwinan seperti program menjual nasi minyak atau menjual meja. Wang sumbangan dicatat dan di kira jumlahnya. Ini perbuatan sangat HINA. Saya ulangi - perbuatan ini dilakukan oleh satu pemikiran yang hina dan tidak bertamaddun. Kita tinggalkan kehinaan itu.... mari bicara bagaimana menjalankan majlis walimah yang murah dan cantik.

Kos di bawah RM 5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.
Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) sepuluh hinggit kalau tak kenyang juga tak tau nak kata la...
Siapa yang akan diundang?

40 kad untuk jiran tetangga.
40 kad untuk kaum keluarga terdekat.
40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin
30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.

Aturcara Majlis:

11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)
Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300
Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.

Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari
50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang
50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang
50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

Kos keseluruhan majlis:

Makan minum RM 2000
Sebuah kanopi RM 300
Pakaian pengantin RM 500
Video RM 400
Jurugambar RM 300
Kek RM 200
_______

Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..
-----------

Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar 'lumpsum'' RM 300
masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.
Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)

Saya merancang begini saja untuk anak saya nanti.. (sedihnya anak saya masih terlalu kecil untuk dikahwinkan!) untuk menjadi contoh kepada orang lain. Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!

Sungguh ajaib jemputan sebegini. Hanya kirim-kiriman kepada agen penulis kad jemputan dari setiap kampung berhampiran ! Ini perbuatan bodoh sekali. Tetamu yang hadir hanya menunjukkan muka entah kepada siapa. Tidak dilayan dengan sempurna. Petugas majlis mencuri tulang lantaran kepenatan. Bapa pengantin tidak peduli kerana sibuk 'bersalam kokot' Pengantin di dalam bilik bersolek-solek saja. Tetamu datang dan pergi entah dari mana dan untuk apa?????



Sudahlah... ini semua jauh amat dari keberkatan, ini kerja yang karut dan syaitani ! Ini semua penyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Saya ulangi sekali ini semua penggalak kepada gejala pembunuhan bayi. Itu semua kesombongan dan budaya ikut-ikutan. Yang miskin pun ingin mengikut, yang alim pun begitu juga. Dua kali lima! Sudahlah.... tinggalkanlah.

Sekian dulu dari Kiyai Reformis
'Kiyai Reformis Bersama Orang Muda'

Jika orang tua tak mahu faham juga... Kita Kahwin Lari Saja ..

Remaja Kami..


Aku kasihan melihat org muda kian dipersukar untuk berkahwin. Hingga berzina, buang anak.. mereka jahil, tidak berilmu. Sedang perkahwinan itu satu fitrah. Di manakah pemimpin Islam, pemimpin politik, yg menaja segala kempen moral dan rumahtangga bahagia? Mengapa mereka tidak menaja kempen besar-besaran buat ibubapa agar memudahkan urusan perkahwinan anak-anak mereka?

Mereka lebih senang menaja kempen 'Jauhi Zina' kerana itu lebih cocok dengan nafsu sendiri dan lebih sedap didengar di telinga para ibubapa yang bertuhankan duit belanja yang tinggi. Tinggi melangit belajar agama, masihkah tidak tahu bahawa zina tidak boleh dicegah, melainkan dengan perkahwinan !

Aku lihat kebanyakan mereka cenderung mengambil pendekatan Barat yang kotor untuk menyelesaikan masalah ini. Jika ada anak remaja yang berumur 15-16 tahun hendak berkahwin, mereka kata terlalu muda. Sedang anak remaja Barat diusia tersebut sudahpun menjadi penzina dan pelacur.

Jika anak remaja hendak berkahwin, mereka di suruh belajar lagi. Itu penyelesaian cara Barat yg kotor. Bukan semua orang akan memasuki universiti. Bukan semua orang bijak belajar. JIka semua remaja ini bijak laksana sekalipun. universiti tidak cukup menampung setengah juta pelajar setiap tahun. Yang hendak berkahwin biarlah berkahwin.

Penyelesaian cara Barat tidak sesekali boleh diikut. Teori cantik tapi hasilnya sangat hina, kotor, kejam dan jijik. Mereka menjual berita bahawa orang Asia Barat (Arab) suka menikah-paksa anak kecil. Kita tidak menikahkan anak kecil. Kita menikahkan anak remaja. Yang telah pun berkeinginan terhadap seks. Itukan kerja yg mulia.

Dalam masa yg sama Barat menaja segala bentuk kelucahan di Dunia Ketiga. Bila remaja kita buang anak mereka kata Islam tidak betul.

Sekali lagi saya ingin bertanya, di mana ulama Islam, di mana ahli politik, di mana ibubapa dalam masalah ini. Jangan salahkan orang muda dan remaja saja. Apa yg mereka tahu? Mereka juga ingin menikmatinya, tetapi mereka tidak cukup duit untuk belanja kahwin yang mahal. Mereka takut hendak melalui proses kursus dan temuduga yang yang berbagai peringkat, sedang mereka jahil agama Islam. Kejahilan yang mereka pusakakan daripada ibubapa mereka.

Siapakah pula yang men'jahil'kan ibubapa mereka? Datuk nenek mereka? para ustaz? atau ahli politik? Kita selesaikan saja masalah ini dengan mudah: Laksanakan Kempen Permurahkan Belanja Perkahwinan dan Permudahkan Urusan Perkahwinan.

Ahli politik kita tinggalkan ke tepi, mereka pun jahil agama, bahkan ramai yg suka menaja penzinaan. Mereka macam Barat, cakap macam hendak selesai masalah, tapi hasilnya sangat hina, kotor, kejam dan jijik. Tapi bagaimana dengan ibubapa dan para ustaz?

Apakah mereka lebih suka anak mereka berzina dari berkahwin muda? Malu jika anak berumur 15 tahun berkahwin, tapi tak malu anak berzina. Sebab berzina orang tak nampak? Betul2 mereka ibubapa yang celaka.

Para ulama dan ustaz ustazah? Kamu hendak melayan selera ibubapa yang semacam ini? Atau kalian juga adalah ibubapa yang seperti mereka? Tunjukkanlah contoh yang baik. Kahwinkanlah anak-anak kamu dengan murah dan mudah. Kelak menjadi contoh orang kebanyakan. Atau kalian pun tak kisah dengan penzinaan anak-anak remaja kamu asalkan tidak mengandung? Benar2 kamu ustaz-ustaz yang celaka.

Kalian juga ingin berpesta gilang gemilang mengundang Dato'-dato dan Datin-datin?
Jika begitu... duduklah kamu di situ. Berfatwa tentang rokok dan kentut saja...

Ampunkan aku ya ALLAH, engkau peliharalah kemaluan dan maruah anak-anakku dan zuriat keturunanku... datangkanlah kepada remaja-remaja kami, seorang ulama yang akan membela mereka. Amin.

Sekian.
'Kiyai Reformis Bersama Orang Muda'

Isnin, 12 Julai 2010

Benarkah Mak Bidan Membela Polong?



Banyak perkara yang datang tanpa sebab. Maka, aku perlu bertanya mengapa ia datang? Masakan aku harus melakukan sesuatu tanpa sebab. Berikan hujah kepadaku. Kemudian akal waras ku mungkin akan menerimanya. Jangan paksa aku untuk menerima kebodohan itu. Apa yang kamu lakukan itu hanya satu kebodohan. Aku sekali-kali tidak akan mematuhinya tanpa sebab dan soal.

Ketika anak sulung kami lahir, kami tiga beranak 'terpaksa' tidur di rumah ibu mertuaku. Pelbagai dalih aku berikan untuk tidak mahu bermalam di rumahnya. Aku suka untuk 'merawat' isteriku dan menguruskan bayi kami yang baru lahir ini sendirian. Tetapi mereka seperti memaksa. Bagaimana tidak aku katakan memaksa. Anakku dikelek oleh mak mentuaku dari hospital terus dibawa balik ke rumahnya! Ok lah.... aku terpaksa menurutinya. Nenek mana yang tak sayang cucu. Cucu yang sulung pulak tu.

Isteriku diuruti 3 hari berturut-turut oleh mak bidan kampung. Dia juga memandikan anakku. Terima kasih untuk kerja mudah yang dilaksanakan dengan gambaran seolah-olah 'amat berat' itu. Aku diminta membeli kemenyan arab untuk memperasap isteriku. Ah.. ini yang leceh. Aku bertanya untuk apa kemenyan arab itu?. Dia kata, 'beli saja!'

Kemenyan dibakar dalam mangkuk perasap. (Aduhai bencinya aku untuk menyediakan bekas perasapan yang bodoh ini.) Isteriku disuruh berdiri mengangkang dan perasapan itu diletakkan di bawah kangkangnya. Untuk apa semua ini?? Apakah kalian tahu perasapan itu untuk apa?? Jika kalian tidak tahu, aku akan bertahu sebabnya nanti.Bila aku tanya mak bidan semua itu untuk apa, dia minta aku diam-diam dan menurut saja. Aku diam dengan perasaan benci. Bukan apa, mak bidan itu pula adalah nenek saudara sebelah isteriku...

Perasapan itu adalah satu kerja bodoh. Tidak memberi guna sedikitpun. Suatu masa dahulu kebanyakan bidan kampung perlu 'menuntut' ilmu-ilmu rahsia bagi tujuan mempersiapkan diri untuk menjadi bidan yang handal. Mungkin ada amalan tertentu atau bacaan tertentu diamalkan bagi tujuan tersebut. Akhirnya mak bidan itu mendapat pengiring yang di panggil 'POLONG'. Samada mak bidan sedar atau tidak dalam urusan rawatan perempuan lepas bersalin, ia membawa bersama-samanya polong tersebut. Polong kerjanya menghisap darah. Maka, untuk merawat perempuan lepas bersalin perlulah dibakar kemenyan arab agar polong itu datang dan 'menjilat-jilat' darah haid perempuan tersebut.

Apa yang aku pasti, mak bidan yang merawat isteriku bukanlah seorang pembela polong.Dia hanya seorang nenek saudara isteriku yang tidak tahu banyak perkara. Ia hanya ikut-ikutan!

Sejarah bidan pembela polong telah berlalu puluhan tahun bahkan seratus tahun yang lalu. Hari ini tidak ada lagi. Yang ada cuma mak bidan temberang yang mengikut-ikut saja. Dilihatnya mak bidan sebelumnya melakukannya, maka, dia pun melakukannya juga. Mak bidan sebelumnya pun temberang juga. Apa yang mak bidan itu tidak tahu wangian kemenyan itu adalah sebahagian dari jenis 'makanan' jin. Bila kemenyan telah dibakar maka datanglah jin. Apa yang mak bidan sekarang ini tahu? Tahukah dia jin jin telah datang atau tidak? Dia hanya membuat perasapan saja. Kemenyan telah di bakar. Diperasap di bawah kangkang isteri saya!

Maka saya tidak suka ini semua. Tetapi mak bidan suruh saya diam. Dia membuat kerja bodoh. Dan menyuruh orang lain mengikut bodohnya.

Bila tiba waktu makan, isteri saya diberikan nasi penuh satu pinggan. Lauknya cuma bilis tumbuk. Kadang-kadang digoreng. Kadang-kadang ada sayur bening kosong. Saya hairan mengapa nasinya banyak sangat sampai penuh pinggan. Rupa-rupanya orang dalam pantang tak boleh bertambah nasi. Ini satu lagi fahaman bodoh. Sudahlah tidak berlauk. Nasi pula penuh satu pinggan.

Bila saya fikir-fikir balik, rupanya tidaklah bodoh sangat hal tersebut. Orang dalam pantang tidaklah baik jika perutnya kosong.Tetapi siapalah yang hendak melayan orang dalam pantang jika ingin menambah nasi. Isikan penuh terus lagi baik. Tak perlu menyusahkan orang. Nasi yang banyak pula perlukan lauk yang banyak juga. Maka dikatakanlah pantang itu dan pantang ini. Jimat sedikit belanja.

Mertua saya tidaklah sekedekut itu untuk membeli lauk. Baginya jika boleh dimakan lauk yang sedap-sedap agaknya akan dibelikannya juga untuk isteri saya itu. Tapi ini pantang orang tua-tua. Jangan dilanggar. Jika saya tanya mengapa makan nasi banyak sangat tapi cuma berlauk bilis goreng?

Katanya; 'Shyy.. ikut saja cakap orang tua !'. Aduhai..,bosannya... tapi tak apalah.

Beberapa hari kemudian kami meminta izin untuk balik ke rumah kami. Sayalah yang akan menjaga sendiri isteri saya. Pesan akan buat kenduri doa selamat, potong jambul, seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Tidak ada fikiran tentang kenduri kendara bagi saya. Saya sudah sangat gembira dapat seorang anak lelaki sulung. Duit pun bukannya banyak sangat untuk terlalu memikirkan hal kenduri yang remeh tak berapa perlu itu. Dari beri makan Pak Imam Kakek Tua, baik duit saya belikan susu anak dan baju baru anak saya.

Sebelum pulang saya terpandang kepada satu ikatan lidi yang telah dicucuk dengan bawang putih (atau bawang merah-saya lupa). Lidi itu diletakkan dalam bakul bersalin isteri saya. Dengan senyum saya tanya pada wak saya; 'Ini apa benda pulak?'

Dengan yakinnya dia berkata;' Ah ini bawa je balik, orang tempat awak tak de macam ni... letak je sebelah budak (anak saya) kat rumah nanti.' Dalam hati saya terdetik, ' ini PASUNG!'.

Sampai di rumah jam lebih kurang pukul 1 tengahari. Saya menyuruh isteri saya tidur di bilik. Saya membuat persiapan apa yang patut di rumah. Tidak sampai sepuluh minit isteri saya tidur, isteri saya telah diganggu sesuatu. Saya dengar suaranya mengerang. Sekejap dia memanggil, 'abang.. abang!' Saya meluru masuk ke bilik. Isteri saya dalam keadaan tidur separuh sedar. Saya mengejutkannya dan berselawat. Saya usap-usap mukanya. Bila ia sedar, dia kata dia diganggu sesuatu

Saya katakan pada isteri saya,' Betul tak apa yang abang kata dalam kereta tadi? Lidi ini sebenarnya telah berfungsi sebagai PSAUNG HANTU!. Minta maaf saja, abang akan membuangkannya ke parit depan rumah. Betul-betul benda ini tidak berguna.' Maka saya terus keluar rumah dan membuang lidi bercucuk bawang itu ke dalam parit. Gangguan itu pun hilang, sekali pun tidak ada lagi selepas itu.

Sebenarnya, ketika di dalam perjalanan pulang saya telah memberitahu isteri saya bahawa lidi tersebut tidak berguna. Ia adalah kerja karut dan bodoh. Saya tak kata nenek saudara awak membela polong. Dia hanya mengikut-ikut apa orang buat. Tapi lantaran dia membuat pasung, maka adalah hantu dan jin yang terpasung di situ!.Bila berlaku hal begini apa yang nenek awak tahu?

Suatu masa dahulu, mak bidan yang merawat bayi, akan meninggalkan lidi penyapu di bawah buaian selepas menangkal bayi yang menangis. Tahukah tuan-tuan apa gunanya penyapu tersebut? Penyapu tersebut adalah tempat permainan jin dan syaitan. Jin dan syaitan suka pada benda yang kotor.Penyapu itu benda kotor. Sebab itu bila dipukul dengan penyapu itu 'sial' bagi orang melayu. Bukan saja sial dipukul dengan penyapu, bahkan di sebahagian negeri (kini Selangor?) memberikan penyapu sebagai hadiah pun alamat akan mendapat 'sial' kepada kedua-dua yang memberi atau menerimanya juga.. (wallahu a'lam..)

Mak bidan yang membela polong akan meninggalkan penyapu tersebut dengan harapan jika bayi tersebut menangis lagi dia akan dipanggil semula untuk menangkal bayi tersebut. Jadilah dia seperti seorang yang penting, dan ada sedikit 'income' entahkan semangkuk asam dan garam, atau duit 2-3 ringgit upah menangkal. Lidi tersebut berfungsi sebagai penambat 'hantu' belaannya di bawah buaian. Untuk lebih berkesan maka dicucuk lidi tersebut dengan bawang putih sebagai pasung. Jin yang bermain-main pada penyapu tersebut 'seolah-olah' telah terikat atau terpasung pada lidi yang dicucuk bawang tersebut.

Apabila bayi ditinggalkan keseorangan maka, maka merayap-rayaplah tangan jin tersebut mengganggu bayi tersebut yang sedang tidur hingga sesaklah nafas bayi tersebut. Atau bayi itu terlihat akan sesuatu.Mak bidan pun dipanggil lagi, menangkal lagi dan kelihatanlah ia seorang yang amat hebat. Esok lusa pun dapatlah dia sedikit 'income' lagi sebagai bayaran pengeras...

Saya percaya mak bidan nenek saudara saya itu tidaklah punya ilmu apa sangat. Dia berminat menjadi bidan sebagai 'side income' dek berpengalaman kerana beranak ramai. Dia pun mengurut perut orang yang mengandung, mengurut orang lepas bersalin..

Justeru ingin kelihatan lebih hebat dengan 'adat lama' maka diperbuatnyalah apa yang diperbuat oleh orang lain, orang melilit benang hitam, maka dia pun menangkal dengan simpulan benang hitam juga, orang berlidi dia pun berlidi juga, orang membakar kemenyan arab, dia pun membakar kemenyam arab juga. Sedang dia pun sebenarnya hanya tahu mengurut perut saja!.

Akhir kata janganlah kita memperbuat sesuatu dengan mengikut-ikut saja. Andaikata tidak terjadi apa-apa tidaklah mengapa. Tetapi bagaimana dengan mengamalkan 'adat' seperti menyucuk lidi dengan bawang putih yang kelihatan seperti tidak ada apa-apa, tetapi sebenarnya ia adalah 'PASUNG HANTU' ??

Anda seperti bermain-main tetapi anda telah menganggu kehidupan di alam lain? Apatah lagi dengan berbuat sesuatu lantaran 'adat' yang dipusakakan dari agama lain yang cenderung menyembah hantu dan jin? Yang mana ribuan tahun dahulu tiap-tiap yang mereka perbuat datangnya dari nasihat-nasihat dan bisikan-bisikan hantu syaitan yang mereka nisbahkan sebagai tuhan?

Sekian dari Kiyai Reformis Wassalamualaikum...
'Kiyai Reformis Bersama Orang Muda

Isnin, 5 Julai 2010

Ibubapa Kepada Isteri Yang Solehah..



Pernahkah tuan-tuan mendengar kisah seorang isteri yang taat kepada suaminya seperti kisah di bawah ini?

Di mana suatu ketika ada seorang ayah yang sedang sakit seperti akan mati. Maka disampaikanlah pesan kepada anak perempuannya yang tinggal berjauhan darinya akan berita itu. Tetapi si anak tidak dapat menziarahi ayahnya yang sakit itu kerana katanya suaminya sedang bepergian entah bila akan pulang.
Tidak lama kemudian ayahnya semakin nazak. Maka disampaikanlah kepada si anak tadi bahawa ayahnya sedang nazak , tidakkah kamu akan balik ke rumah ayahmu untuk menziarahinya. Maka di jawab oleh perempuan itu bahawa suaminya masih belum pulang dari bepergian... maka bagaimana harus dia meninggalkan rumahnya.

Tidak lama selepas itu maka matilah ayahnya. Dan disampaikan kepada perempuan itu bahawa ayahnya telah pergi mengadap Ilahi, jika ia ingin melihat jenazah arwah ayahnya buat kali yang terakhir tidakkah ia mahu pulang?. Maka, menangislah perempuan itu lantaran kesedihan tetapi ia tetap tidak dapat menghadirkan dirinya lantaran suaminya masih juga belum pulang ! Haruskah ia akan meninggalkan rumahnya?

Diberitakan kepada kita dalam riwayat tersebut lantaran ketaatan anaknya kepada suaminya maka telah diterima Allah akan ayahnya untuk dimasukkan ke syurga... Subhanallah. Begitulah kira-kira kisahnya ( saya harap pembetulan jika tuan-tuan tahu kisah ini melalui riwayat yang lebih sahih).

Saya percaya tuan-tuan pernah mendengar akan riwayat ini... cuma untuk sekian lama dalam hidup ini, saya tertanya-tanya, siapakah yang mengambil pelajaran dari kisah seperti ini????

Bagaimana agaknya jika ia berlaku kepada tuan-tuan?? Saya percaya tiada seorang pun dari kita akan menurut jejak perempuan tadi. Semuanya akan meninggalkan rumah tanpa izin suaminya kerana bagi mereka itu adalah hal yang amat penting bukan? Bahkan ia akan membuat jangkaan bahawa suaminya pasti akan memaafkannya kemudian.Biasanya begitulah... Bahkan jika berlaku kepada isteri saya pasti akan saya maafkan.

Untuk perhatian saudara dan saudari,peristiwa di atas itu adalah berkenaan urusan kematian! Bukannya hal balik ke kampung berhariraya, atau untuk kenduri doa selamat, atau hanya sekadar kenduri masak bubur putih bubur merah.. atau hanya balik ke kampung untuk melihat anak menakan tuan-tuan berkhatan atau potong jambul. Tetapi berapa ramaikah isteri yang menjadi derhaka kerana itu? Berapa ramaikah ibubapa yang terhalang dari ke syurga lantaran anaknya seorang isteri yang derhaka???

Berapa banyak kiriman-kiriman soal jawab agama yang 'mengomplen' suaminya yang tidak adil dalam urusam balik kampung berhariraya? Tidak puashati pada suaminya yang malas untuk hadir kenduri di rumah bapa mertua? Tidakkah mereka ini isteri yang derhaka?

Maka, ustaz dan ustazah yang menjawab persoalan ini pula biasanya dua kali lima! Memberi 'salah' pada suami tadi. Apa nak jadi pada ruangan soal jawab agama hari ini? Maka... sesatlah umat ini tiada bertemu dengan kebahagiaan rumahtangga akibat emosi orang sebegini. Siapakah yang akan mengambil pelajaran dari kisah di atas tadi. Untuk siapakah kisah, suatu pelajaran agamakah atau kisah konon-konon saja?

Saudara-saudari yang dikasihi... apakah si ayah yang nazak itu tidak rindu kepada anak perempuannya? Tentu ia rindu. Tidakkah si anak perempuannya rindu kepada si ayah ? Tentu sekali amat rindu. Apakah si ayah tadi tidak marah kepada perbuatan anaknya tidak mahu menziarahinya? Tidaklah diriwayatkan kepada kita akan kemarahannya itu. Tidakkah masyarakat marah kepada suaminya yang tidak mengizinkan isterinya keluar rumah semasa ketiadaannya? Mungkin marah dan mungkin tidak.

Seribu kali kemarahan dan kekecewaan si ayah lantaran perbuatan anak dan menantunya.. siapakah yang beruntung? Hidup ini hanya menurut keinginan agama dengan lurus. Suka atau tidak... ajaran agama yang sederhana itulah yang paling baik. Kekecewaan si ayah tadi tidak sekali-kali menjejaskan peluangnya untuk ke syurga apatah lagi jika ia redha kepada anaknya. Dia telah pun ke syurga. Didikan ayah kepada si anak agar menjadi isteri yang taat kepada suami itulah yang memasukkan dia ke dalam syurga. Walaupun akhirnya seolah-olah didikannya itu 'memakan' dirinya.

Masyarakat akan berkata betapa teruknya sikap si anak yang telah di didik dengan pengetahuan agama, si ayah sakit pun tidak di ziarahinya. Mungkin percakapan sebegitu akan mempengaruhi banyak orang bahkan mungkin mempengaruhi orang yang sedang sakit dan perlukan belaian. Tetapi, suka atau tidak dengan sikap anaknya, dia telah pun di masukkan ke syurga kerana melahirkan seorang anak perempuan yang solehah dan mendidiknya dengan ilmu yang betul.

Nasihat saya kepada semua perempuan muslimah... taatilah suamimu walaupun tidak disukai olah ibubapamu.. selagi dia tidak memukul dan mencederakan kamu, taatilah... Suamimu hanyalah lelaki biasa yang mungkin lemah agamanya dan banyak silapnya. Tetapi taatilah suamimu. Walaupun kamu dicerca oleh masyarakat. Kerana apa? Kerana yang masuk ke syurga esok bukanlah suami atau masyarakat yang jahil itu... tetapi kamu dan ibubapamu! Subhanallah!

Sekian
'Kiyai Reformis Bersama Orang Muda'

Khamis, 1 Julai 2010

Kenapa Tak Kahwin Lari Saja...?


Kasihan aku lihat anak muda bekerja di kilang.. pendapatan cuma RM 5-6 ratus. Bagaimana mereka akan berkahwin dengan perbelanjaan kahwin RM 10-15 ribu... Ulama mana yang peduli akan hal begini.. Tahu marah pada orang muda peleseran saja.. mereka pun ada 'keinginan'.. Susah bila ulama, ustaz dan ustazah gila cari duit, giler glamour.. Tahu sibuk hal remaja buang bayi... bila nak bernikah macam-macam kerenah dari pejabat agama.. borang itu, borang ini.. kursus itu, kursus ini... mak bapak minta belanja tinggi-tinggi tak siapa menegur...

Dapatkah anda bayangkan, remaja ini keluar bekerja dinihari.. kalau gaji sehari RM 20, sebulan tak sampai pun RM 600. Pergi naik motor sendiri atau naik bas kilang. Kalau kerja lebih masa tetap tak sampai RM 1000. Sekitar RM 900 begitu.. Setahun kerja tak tinggal overtime.. bersanding pun rupa dah macam tengkorak kering. Itu nasib baik jika dua tahun kerja tak ada aral yang melintang. Kalau eksiden.. terlantar di hospital.. atau motor rosak yang perlu pembaikan. Sedang belanja perkahwinan 7-8 ribu. Itu hanya untuk masuk dalam album saja. Belum lagi dalam dulang. Cincin dan rantai lagi.Itu sudah dalam proses bertunang. Masa merisik sebelumnya, sebentuk cincin tanya dan sepasang baju dah tentu punya..

Biasanya 'ikat' dua tahun, kalau kumpul RM 300 sebulan, setahun dapat RM 3600, di darab dengan 2 tahun dapatlah RM 7200. Jumlah itu hanya untuk disumbat dalam album saja, belum belanja yang lain! Dua tahun bertunang, macam-macam perkara yang boleh berlaku.. ketelanjuran, buang bayi bahkan membunuh bayi mereka. Aku fikir 'bersihkah' anak-anak pak lebai ini dalam tempoh bertunang mereka. Jahil-jahil orang kampung saya jika mengandung, mereka tak gugurkan bayi. Tidak ada kes bunuh dan tanam bayi terbongkar di kampung saya. Kes terberanak anak luar nikah baru-baru ni ada berlaku.

Kadang-kadang termasuk dalam fikiran saya anak 'siapa' yang 'TEROVER' malu jika mengandung ini? Anak siapa yang sanggup membunuh bayi untuk menjaga "NAMA BAIK' emak ayah dan keluarganya? Anak cik Minah Gagap kah, Anak Fatimah Jongangkah? Anak Atan pekakkah? Atau anak ustaz dan ustazah? Atau anak pak Imam dan noja surau? Anak Tuan Pengetua yang nampak terhormat itu kah??? Sedang Pak Atan Si pekak itu amat sayang kepada cucunya walaupun cucunya itu anak luar nikah!

Wahai Ustaz dan ustazah... kembalilah ke pangkal jalan... nikahkanlah anak-anakmu dengan mudah. Jangan mengikut perangai orang jahil yang meletakkan belanja terlalu tinggi.. Jagalah kehormatan keluargamu, jangan pula seperti kamu lebih jahil dari orang lain.. alim jenis apa kebanyakan kamu ini?

Bila menasihati orang lain fatwa kamulah yang terhebat! Kamu pun sedia tahu bukan bahawa perempuan bertudung labuh itu sama lemahnya dengan gadis yang suka bertelanjang? Bukankah kamu sedia tahu bahawa wanita yang bertudung labuh itu punya hawa dan nafsu sama saja dengan bohsia yang di rempit? Baikkah anak kamu rajin bersembahyang dan pandai mengaji itu??? Jangan hipokrit!.

Tidak kira siapa remaja itu, siapapun ibu-bapanya, mereka punya hak yang sama untuk berkahwin. Permudahkanlah urusan mereka. Sabda Rasulullah: 'Perempuan yang barakah itu, cepat nikahnya, murah belanjanya, dan ramai anaknya.'

Soalannya; Berapakah kos pertunangan anak seorang ulama terkenal di Malaysia?
Berapakah belanja perkahwinan anak seorang ustaz terkenal di Malaysia ini?

RM 10 000 ? atau RM 20 000 ???

.. yang tidak terkenal itu tak payah katalah.. anak kamu lebih mahal lagi. Sebab kamu lebih jahil dari ustaz yang terkenal itu. Itu sebabnya ingin saya menyeru, Kembalilah ke pangkal jalan. Janganlah kamu sekelian hanya pandai menyeru anak-anak remaja agar kembali ke pangkal jalan sedang kamu sendiri sesat bersama syaitan yang membisik-bisikan kemegahan dan pembaziran.

Esok.., mereka ini akan berbicara lagi samada di TV atau di radio, menyeru pada mat-mat dan minah-minah kilang, atau pelajar IPTA dan IPTS agar menjaga diri, jangan berzina, jangan berkhalwat, jangan buang bayi.. Pelbagai hujah dan dalil mereka akan lontarkan. Meminta remaja-remaja ini menahan diri dengan berpuasa. Tidakkah mereka tahu remaja-remaja ini pada bulan Ramadhan pun mereka tidak berpuasa? Justeru mereka tidak layak untuk berkahwin?

Selagi jeritan batin aku ini tidak didengari, aku akan sentiasa menulis perihal begini. Inilah saja bantuan yang dapat aku berikan pada anak muda yang amat terhimpit dengan isu-isu basi sekian lama. Bagaimana mereka akan mencegah zina dengan menyusahkan urusan perkahwinan? Bagaimana mereka ini akan mencegah gejala pembuangan bayi selagi belanja perkahwinan tidak diturunkan? Bagaimana mereka akan menyelesaikan isu-isu maksiat remaja selagi ibu bapa yang sombong dan bongkak ini tidak di hina dengan cercaan penurut syaitan.

Sekali-kali aku tidak akan menuruti jejak YAHUDI dan NASRANI dalam menyelesaikan masalah umat ini. Penyelesaian yang penuh hipokrasi dan syaitani. Untuk orang muda yang ingin mempertahankan cintanya yang tidak direstui.. aku cadangkan jangan terlibat dengan maksiat zina sekali-kali.

Seribu kali lebih baik dan direstui Ilahi ... Kahwin Lari!

Sekian Jumpa Lagi..
'Kiyai Agung Bersama Orang Muda'

Pengutip Debu Perjuangan...




Bila aku memaki Pemuda Umco... seperti aku memaki diriku sendiri...bagaimana kenangan yang buruk itu akan hilang sedang aku mendewasa dalam lingkungan mereka.Sebelum mereka akulah yang 'berada' di situ.

Ayahndaku dulu seorang Ketua Cawangan. Akulah yang bekerja saban tahun mengutip yuran bila tiba hari hampir mesyuarat agung. Hanya seringgit bagi seorang ahli. Aku pergi ke setiap rumah orang kampungku. Mereka menjadi malu. Ingin membayar yuran tetapi sayangnya mereka pada syiling yang seringgit itu. Ada suami yang menjerit pada isterinya.. 'Yuran tahun lepas kawan dah bayarkan awak, yuran tahun ni awak bayar la...'

Ada yang banyak komplen... yuran tak bayar juga. Akhirnya dapat hanya beberapa belas ringgit saja. Ayah akan jelaskan semuanya pada bahagian. Rupanya ayah hanya ingin menunjukkan pada aku betapa besarnya nilai satu ringgit bagi orang kampung. Ayah suka beri duit pada orang kampung.. sehingga aku terikut ikut dengan perangainya hingga kini.

Ayah telah pergi mengadap Ilahi beberapa bulan yang lalu. Pergi dalam keadaan dia bukan lagi ahli Umco. Dia pergi dengan namanya telah tercatat sebagai seorang anggota Keadilan. Sejak DSAI dipecat dia tidak mahu aktif lagi berpolitik. Akukah galang gantinya?

Cakap ayah sangat 'keras' ketika mengetuai cawangan. Orang kampung takut tapi sayang padanya. Takut kerana dia Ketua cawangan tetapi sayang kerana sifat murah hatinya.

Kini keluargaku di kampung ini dikenali sebagai keluarga Keadilan. Aku tahu mereka masih sayang pada keluarga kami. Bila aku menghulurkan RM 5 atau rm 10 pada makcik-makcik bekas ahli cawangan ayah. Mereka akan memelukku dengan erat.. Betapa aku amat terharu sekali... Aku tidak memberi mereka wang lantaran aku orang Keadilan, bahkan kerana ayah jua...

Mereka semua masih ahli Umco. Berkarat biru. Tiada apa yang aku inginkan dari mereka. Tua dan tidak cerdik pula. Anak-anak mereka jarang sekali yang bijak belajar. Seolah-olah hanya ada pekerjaan pemandu lori saja di kampung ini.

Pengetahuan agama? Tidak ada Ustaz di kampung kami. Yang banyak hanyalah Mat Rempit, Bohjan dan bohsia. Ya Allah.... Ya Allah... Ya Allah...

Suatu ketika aku bersembang dengan 5-6 orang kawan sekampung di bulan puasa.. lebih tua dan ada yg lebih muda sedikit.. (untuk suatu tempoh malu-malu..) seorang mengeluarkan rokok... kemudian seorang lagi.. aku buat selamba je... kemudian seorang tersenyum dan menghisap rokok juga...

Akhirnya tiada seorang pun yang berpuasa kecuali aku. Bukan itu saja.. aku tahu, ibu bapa mereka pun tidak berpuasa. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... mereka miskin ilmu dan akhlak.. tapi aku sayang mereka! Mereka kawan aku dan ibubapa mereka 'saudara' ibubapaku.

Bebarapa hari lepas aku bertemu ketua pemuda cawangan. Kebetulan bertemu di gerai dan kami makan sama-sama. Dia bertanya kepadaku bagaimana nak tubuhkan persatuan belia, bagaimana nak dapatkan peruntukan belia.. siapa yang harus mereka temui..?

Aku beritahu semuanya.. aku ajar cara dan kaedahnya. Aku seboleh-bolehnya tidak bicara tentang politik... cuma aku tahu mereka takkan dapat apa-apa!

Wahai kawan-kawanku Pemuda Umco kampungku... kalaulah fikiranmu bijak sedikit.. bukankah hidup ini lebih mudah? Bergantunglah kepada Allah.. politik yang kamu sertai tidak akan membantu kamu apa-apa! Ia hanya memudaratkan bangsa dan keturunanmu! Dari datuk, bapak dan kini kamu.. esok kemudaratan itu akan melarat kepada anak, cucu dan cicit kalian! Mereka PENIPU !!!!!!!!

Aduhai.. alangkah bagusnya jika kamu dapat bijak sedikit...
Ya Allah.. Ya Allah...

Saturday, June 26, 2010 at 11:07pm